Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017
Showing posts with label Shopalicious. Show all posts
Showing posts with label Shopalicious. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Cookies!



Assalamualaikum,

Hai semorang! Kita nak bagitahu ni sekarang kita dah try bussiness baru. Nak tahu apa? COOKIES yeay! Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Kita jual per box sebiji macam gambar dekat atas. So, kalau berminat, boleh contact kita thru Twitter @NataschyaaAmeer atau Instagram @Shopalicious_shop okaaaay! Cookies yang kita jual insyaAllah gerenti cheapest cookies dan sangat sedap. Bawah ni kita share one of our customer's feedback :)







Monday, April 8, 2013

Custom Made Casing









Custom made casing yang Tasha jual available untuk certain Samsung, Iphone, Blackberry, Ipad, Ipod dan HTC. Apakah custom made? Haa meh sini nak cerita. Custom made ini bermakna anda boleh print gambar diri anda sendiri atau pun design sendiri corak untuk cover gadget anda. Nak tambah nama pun boleh tau! Jangan risau harga sangat reasonable :)

Jika berminat, boleh follow Instagram saya, nataschyaaameer atau emelkan ke nataschyaa@gmail.com. Kalau nak cepat, boleh whatsapp/viber di talian 0199675947



Thursday, February 28, 2013

Online shopping lagi!

Assalamualaikum...

Arghhhh! Seriously online shopping buat Tasha gila. Lately ini mata rambang bebenar. Pantang nampak orang jual online sikit, mesti gatal nak order. Nak bank in pun sekarang senang saja sebab maybank cash deposit machine dekat sangat dengan rumah. Memang lalu setiap hari. Tambahan pula, online shop Tasha dah slow down sikit sebab terserlah kemalasan ku nak update stocks. Sekarang jual hand by hand saja :)



Baru-baru ini masa tengah syok scroll timeline dekat Facebook, ternampak orang jual powerbank. Comel, simple, mudah di bawa dan murah. Tak ada lah besar sangat power dia tapi cukup lah untuk 2 kali charge Galaxy Young Tasha. Haa bagi yang tak tahu powerbank ini apa dan macam mana kegunaanya, mari sini nak cerita. Powerbank ini di gunakan untuk charge gadget kita semasa kita tidak berada di rumah. Contohnya korang pergi event kan, lepas tu bateri phone korang dah nak habis so korang nak kena charge. Nak cari dekat mana plug kalau event tu dekat luar? Boleh lah guna powerbank ini untuk charge. Tapi powerbank ini kena lah charge dulu dari rumah ya! Okay, sambung cerita. Tanpa fikir panjang, Tasha terus order satu powerbank sebiji macam dekat atas warna merah. Bila dah sampai, mama pula nak powerbank itu. Jadi, nak tak nak terpaksa beli lagi satu colour kuning sebab tak nak share. Hihi worth it lah juga!



Tak lama kemudian, tangan ini gatal lagi nak men-scroll timeline Facebook tengok orang jual novel melayu pulak kali ini. Kenyit-kenyit mata dengan mama sikit, dapat lah beli novel online. Haaa tapi kali ini bukan beli 2 buah sahaja tapi beli LAPAN BELAS buah novel melayu you alls! Alahai ya tamak pula rasa diri ini tapi tak mengapalah. Sesungguhnya diriku sememangnya pengumpul novel tegar sejak di usia 12 tahun lagi. Terima kasih mama! Hehe selama ini mama yang support pun bab kumpul-kumpul novel. Nanti dah habis baca, Tasha buat review ya! Sekarang masih dalam perjalanan membaca novel Setia Hujung Nyawa okay!



Dalam sibuk membeli-belah online, alhamdulillah Tasha sudah pun menjadi agen atau stokis sah Azza's Cool Powder di sekitar Johor Bahru. Tapi kalau negeri lain nak order dengan Tasha pun boleh. Haa siapa pengelola produk bedak sejuk Azza's Cool Powder? Semestinya tak lain tak bukan, Kak Azza Elite yang bertambah cun melecun selepas berhijab. Apa rahsia dia cantik? Mesti lah dengan bedak sejuknya. Alhamdulillah ramai bagi feedback positif. Kebaikan dan kelebihan produk Azza's Cool Powder adalah menyejukkan, menyegarkan, melembutkan, mengurangkan jerawat, menanggalkan sel kulit mati, elok untuk resdung, merawat ruam dan gatal-gatal. Produk ini sesuai di gunakan oleh kanak-kanak, ibu mengandung, wanita dan lelaki sebab ianya hanyalah bedak sejuk yang di perbuat dari air, tepung beras dan juga pandan. So apa lagi? Jika berminat, boleh tweet di @NataschyaaAmeer atau emel ke nataschyaa@gmail.com atau komenkan disini.

"Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri".

Thursday, December 13, 2012

Shopalicious: Bawal Airis

    Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Assalamualaikum,
Haaa dah tengok gambar-gambar di atas? Ketiga-tiga gambar di atas adalah jenis stok yang berlainan ya TETAPI semuanya bawal Airis. Harga sangatlah murah hanya RM 15 sehelai dan Shopalicious dengan berbesar hati nak bagi FREE postage dekat korang. Haa murahkan? murahkan? So, apa lagi tengok-tengok? Pilih mana-mana yang berminat dan contact Tasha tak kiralah samaada melalu Twitter, Facebook, Instagram, Blog atau Email ke nataschyaa@gmail.com. Mari beli mari beli!

Cepat bagitahu makcik, kakak, adik, sepupu, kawan!

Thursday, December 6, 2012

Shopalicious: Sewaan Alas Duduk

Assalamualaikum,

Shopalicious Shop yang di kendalikan oleh Tasha sendiri kini sudah semakin update. Alhamdulillah ada rezeki lebih dan harapnya Allah bukakan pintu rezeki yang lebih banyak kepada Tasha. Terlanjur dah habis SPM ini tak ada apa nak di buat, kerja pun parents tak bagi. Baik tolong hantar adik-adik pergi sekolah, mama cakap. So Tasha decide untuk kumpul duit dan buat bisnes kecil-kecilan. 



Apa di atas ini? Haaa bukan cake mahupun katil ya. Ini lah alas duduk yang bakal Tasha sewakan kepada bakal pengantin yang akan adakan majlis pernikahan samaada di masjid atau rumah. Bukan itu sahaja, malah penyewa boleh juga menyewa untuk majlis khatam al-Quran atau majlis merisik. Tasha hanya kenakan bayaran sebanyak RM 120 sekali sewa. Untuk tahu lebih lanjut, boleh contact Tasha melalui Facebook, Twitter atau emelkan kepada nataschyaa@gmail.com 

Kalau ada kawan, adik, abang, kakak yang berminat tu, boleh lah recommend kan ya!

Friday, October 12, 2012

Shopalicious: New stock!

Assalamualaikum viewers,

Hari ini Tasha nak bagitahu stok baru dari Shopalicious walaupun keadaan kesihatan kurang baik. Banyak bersabar je ni. Tahun ini dugaan sungguh berat. MasyaALLAH. Tapi Tasha fikir dari sudut positif. Mungkin Allah nak hapuskan dosa-dosa kita kan. Okay, apa yang terbaru dari Shopalicious?



Haa ini dia shawl chiffon dari Shopalicious. Kalau berminat, boleh comment dekat post ini atau DM di Twitter atau add FB Tasha dan inbox untuk purchase. Shawl ni sangat lembut dan sejuk. Hanya RM 20 sehelai. Haa murah kan. Ini harga promosi tau. Harga asal RM 35. So apa lagi? Cepat-cepat lah purchase ya!



Korang boleh pilih warna yang korang nak macam gambar-gambar di atas. Limited stock ya kawan-kawan. Macam biasa, boleh DM atau inbox untuk dapatkannya. Hanya RM 20 SEHELAI.



Ini pula shawl biasa tapi printed dengan corak bunga bunga serta polkadot. If interested, boleh contact Tasha. Shawl ini sangat cantik. Colour-colour hanya seperti di atas. Cepat grab one!

Tasha perasan viewers makin kurang semenjak dah tukar URL ni. So kawan-kawan tolong lah promo eh. Sebab kita dah tukar URL ini pun atas permintaan. Thanks!


Friday, August 31, 2012

Tutorial Tudung Bawal

Assalamualaikum,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 Tasha ucapkan pada semua. Sempena hari lahir kebebasan Malaysia hari ini, Tasha ada buat video tentang cara ringkas pemakaian tudung bawal. Dimana, cara ini Tasha sendiri gunakan bila setiap kali nak pakai tudung bawal. Ringkas, kemas, mudah dan cantik. Selamat mencuba!

 

Wednesday, July 18, 2012

Shopalicious: Skirt

Assalamualaikum,




Hi semua! Tasha nak share something tentang Shopalicious. Apa itu Shopalicious? Shopalicious ni group yang baru di tubuhkan pada harini, 18 Julai 2012. Ia di tubuhkan bertujuan untuk Tasha isi masa lapang dengan menjual barangan perempuan seperti shawl, skirt, tudung dan sebagainya ikut apa Tasha rasa nak jual. I mean, not all the time stock yang Tasha post dekat group ni ada. SOMETIMES sahaja! Okay if interested nak tengok apa yang Tasha jual, boleh lah log in Facebook anda dan search Shopalicious. First come, first serve. So kalau berminat, cepat-cepat lah grab. Harga yang Tasha bagi memang special price for member Shopalicious. Jom lihat antara stok terawal yang Tasha post :)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...