Spicy Ramen Challenge ini dah macam jadi satu trend yang viral dekat social media. Ramai yang try buat challenge ini dengan kawan-kawan and family. Mula-mula rasa takut juga nak try sebab tengok ada yang makan lepastu siap nasihat jangan makan sebab terlalu pedas. Plus, halal kah? Okay, kalau tak halal, takkan kita nak makan ya tak? So selepas selidik itu ini mengenai kehalalannya, Tasha pun decided untuk try. Takkan nak makan sorang-sorang. So ajak lah roommate, Nadia makan and buat video sekali. And she said yes! Then we proceed.
Tanpa merancang, kami terus masak siap-siap ramen tu dan terus shoot video hahaha unplanned! Semua dalam video spontan and I talked too much sampai nampak macam kecoh gila bila di time-lapse kan. Saja je lepas tension before final exam since it's around the corner everyone! Please do pray for us! Without futher due, let's watch the short video about Spicy Ramen Challenge with my roommate, Nadia :)
Apa khabar? Hihi sebenarnya harini Tasha nak coretkan kenangan my family vacation last December, 2015. Whoops! Sorry, it's not that I can't move on tapi saja nak share kan. In future Tasha pun boleh baca lagi.. Tapi sadly, our family vacation was not completed since adik which is my second sister was not together with us sebab dia tengah final. Well, it's okay. Maybe next time. Ya dak? Hihi
First of all, I would like to say sorry sebab quite lambat meng-update entri Istanbul ni sebab busy sesangat lah dengan study stuff and so on. Too many to mention. Even sekarang pun banyak benda tak settle. Tak apa, pelan-pelan kayuh bak kata orang. Lepas tu tunggu lah juga video editor download. Macam-macam dugaan nak upload video. Malas nak story panjang pasal video. So, enjoy!
Istanbul adalah salah satu tempat dalam wishlist yang memang kami nak visit. Alhamdulillah after four and a half hours flight, we finally arrived at our dream place, Istanbul. Yeay! Actually, we arrived Istanbul at 2 pm but since the traffic jammed, we arrived at the hotel after maghrib. So we just had our dinner that night, and back to the hotel to get some rest. Tapi walaupun dinner, sempat jugak merasa Turkish Tea. For free okay! Owner kedai baik hati bagi since weather pun sejuk, apa lagi. Haha
Tak sure what is the actual name of this food tapi ianya adalah kupang. Dalam kulit kupang ni, dia letak nasi. Not really nasi lah tapi macam barley macam tu. Haha faham tak? Okay lah not bad rasanya tapi for me as peminat tegar kupang, kupang makan kosong macam tu lagi sedap kot. Hihi anyhow boleh je nak try. Not a big deal!
Malam first day arrived tu, on the way balik hotel memang banyak kedai mengopi. So singgah minum Turkish Coffee. Nampak menarik sangat tembikar untuk panaskan air tu. Plus best lah duduk sebelah tembikar tu sebab panas haha. Oh ya! Weather quite sejuk tahap tangan beku kalau duduk luar sambil mengopi. Hihi Tak ingat berapa degree tapi below 10 degrees.
Most of the street foods dah try dah, alhamdulillah. Haha siapa follow Instagram tu tahulah ada saja post makanan yang dalam wishlist dan street foods. Yang gambar kat atas ini, gambar chestnut dengan jagung rebus. Sangat murah, so sejuk-sejuk ni ramailah yang membeli. Hihi
Gambar atas ini pulak, fresh fruit punch. Serious sedap dan murah sebab fresh. Pilih nak air apa samaada pomegranates atau oranges. Rasanya mostly ada dua buah tu je kot kalau fruit punch tepi jalan. And one more thing, pakcik ni punya stall, bersih sangat! Pakcik ni pemurah. Bagi air lebih-lebih. Kalau nak bawak botol, letak dalam botol sendiri pun boleh.
Second day in Istanbul, according to our hotel owner, rupanya diorang ada hari kemerdekaan rasanya. Dapat lah tengok banyak bendera diorang pasang dan banyak helicopter berkeliaran dekat langit Istanbul masa tengah breakfast ikan goreng segar. Juicy sangat, serious! Luckily, kedai banyak tak tutup cuma Grand Bazaar je tutup. So we decided to not to go to Grand Bazaar harini. Jadi, kami berjalan kaki ke Blue Mosque dan Aya Sofea. Memandangkan our hotel was so near to these attractions, so decided jalan kaki je lah sambil menghirup udara segar.
Haha sorry tuan tanah pun gigih nak interframe jugak. Okay jangan focus dekat yang depan tu. Sila focus pada background. Cantikkan mosque tu? Itula dia Hagia Sophia (I don't know the exact spelling sebab banyak naw naw cara orang mengeja. Takpelah asalkan bunyi sudah kan.) According to the history, as you know before jadi masjid asalnya Hagia Sophia ni adalah sebuah gereja. It started to become mosque around 1435 if I'm not mistaken. Long time ago, for sure!
Hmm sebenarnya kan, blogpost ni dah tergendala dari semester lepas. So nak cerita balik pun macam ingat tak ingat. Haha takut takut jalan cerita jadi serabut. So, as a conclusion, sila lah tonton travellog yang simple kat atas tu, Haha sorry and thanks for spending your time!
"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan"
Judul : Sebenarnya Saya Isteri Dia
Penulis : Zura Asyfar
Sinopsis :
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi kepada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
"Aku buat semua ini kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau" - FIRASH ARSHAD
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kawin dengan aku" - SYAFA AQIRA
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka di rahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak di sangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina.Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash menjadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk membuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" - SYAFA AQIRA
" Betul ke tak ingin? Dulu okay je sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - FIRASH ARSHAD
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Nak tahu selanjutnya? Jom beli novel terbaik karya Zura Asyfar dan ikuti Sebenarnya Saya Isteri Dia lakonan gandingan hebat Tiz Zaqyah dan Izzue Islam setiap Jumaat jam 9 malam hanya di TV3
Tasha telah hadiri Perjumpaan Tahunan AinMaisarah 2012 dan penulis bersama beliau pada 2 Disember 2012, Ahad bertempat di Menara Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan semua, Tasha amat meminati beliau sejak di bangku sekolah rendah lagi, 12 tahun. Ya betul! Oleh sebab sekarang Tasha sudah menjangkau 17 tahun, maka sudah 5 tahun menjadi peminat dan pembaca setia kepada novelis remaja ini. Tasha berminat untuk membaca novel-novel dari novelis Ain Maisarah semenjak pertama kali membaca novel yang berjudul Aku Mahu Saiz S. Kulit buku yang menarik membuat Tasha rasa tertarik untuk mencapai buku tersebut di rak buku Popular, Bintang Mall Sarawak.
Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya. Pendaftaran bermula jam 9 pagi. Sementara tunggu majlis bermula, kami di tempatkan di dalam dewan. Setelah selesai sesi pendaftaran, majlis di mulakan dengan ucapan aluan dari Encik Pengurus. Kemudian, kami di bahagikan dalam kumpulan mengikut rumah sukan sebelum naik ke Menara Kuala Lumpur.
Kami bawa sejambak bunga rose merah jambu buat kak AinMaisarah
Bersama penulis bersama Abang Azanil Fitri di Menara Kuala Lumpur
Saya pelajar Sri Bangsar yang berumah sukan hijau
Pada akhir aktiviti sukan, rumah kuning telah di nobatkan sebagai juara rumah sukan tahun 2012. Manakala tempat kedua jatuh kepada rumah hijau dan seterusnya merah dan biru. Apa pun semua peserta yang hadir mendapat hadiah dari Kak Ain dan PTS. Oleh itu, ahli rumah kuning mendapat keistimewaan untuk memilih hadiah terlebih dalu berbanding kumpulan rumah sukan yang lain.
Ini adalah antara novel-novel Tasha yang Tasha bawa ke perjumpaan untuk di tandatangan oleh penulisnya. Masih banyak novel-novel Kak AinMaisarah yang menjadi koleksi-koleksi Tasha tetapi Tasha tak bawa kerana semuanya telah di tandatangan.
Dan... yang paling best bila kami peserta perjumpaan menjadi antara yang terawal mendapat novel Mr Right Selebriti yang panas-panas baru keluar kilang berserta tandatangan Puan Penulis. Baiklah sampai disini sahaja entri kali ini. Nak rasa kemeriahan perjumpaan? Apa kata anda lihat video di bawah. Selamat menonton!
Tasha akan perbanyakkan review hasil karya penulis novel remaja, AinMaisarah di Sudut Bacaan dalam blog ini pada masa akan datang. Jadi, rajin-rajin lah berkunjung ya!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 Tasha ucapkan pada semua. Sempena hari lahir kebebasan Malaysia hari ini, Tasha ada buat video tentang cara ringkas pemakaian tudung bawal. Dimana, cara ini Tasha sendiri gunakan bila setiap kali nak pakai tudung bawal. Ringkas, kemas, mudah dan cantik. Selamat mencuba!
Mengisahkan cinta platonik seorang perempuan yang bernama Murni dan seorang lelaki yang bernama Mukhlis. Sebagai hadiah ulang tahun cinta platonik mereka, Mukhlis berjanji untuk mencarikan pasangan hidup buat Murni dalam suatu tempoh. Murni terpaksa menghadiri temu janji yang di atur oleh Mukhlis dan Stacy melalui laman sesawang. Murni akhirnya bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Iqwal. Murni senang dan suka akan sikap Iqwal. Tanpa dia sedari, dia telah terjatuh hati dengan dua jejaka iaitu Mukhlis dan Iqwal. Dia harus memilih salah seorang dari mereka. Dalam tempoh pemilihan, dia mendapat tahu bahawa Iqwal mempunyai penyakit kanser hati manakala Mukhlis pula entah kemana. Dia tersepit untuk membuat pilihan Siapa kah yang di pilihnya? Si cinta platonik atau jejaka yang dipertemukan kepadanya oleh Mukhlis? Pastikan anda menonton Hanya Aku Cinta Kau Seorang...
Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan. Marhaban ya Ramadhan :)
Lama betul tak menulis untuk entry blog. But it's okay. Malam ni nak curi sedikit masa untuk menaip juga semata-mata nak kongsi dengan pembaca. Walaupun esok sekolah, haa tengok pengorbanan demi pembaca. Ceh macam ada kan?
Baiklah, mari kita mulakan! Pada Khamis yang lepas bersamaan 12 April 2012, Tasha actually ada lawatan ke Petrosains. Agak seronok. Tiba-tiba masa makan tengahari, Tasha dapat mesej dari seorang kawan yang bernama Syra. Syra ajak Tasha pergi sambutan majlis hari lahir Nubhan AF 6. Tasha sendiri tak sure boleh pergi ke tak masa tu sebab nak kena minta izin parents dulu. Lepas dapat je kelulusan, hati se-excited mungkin.
Maka, berlangsunglah Majlis Sambutan Hari Lahir Nubhan AF 6 bersama Nubies (Nubhan FanClub) dan anak-anak yatim Rumah Bakti Ulu Klang pada hari Ahad lepas. Menurut penganjur, majlis biasanya di adakan di hotel. Tahun ni nak buat kelainan, so nak sambut birthday dengan anak yatim sebab Nubhan sangat rapat dengan mereka.
Dalam banyak-banyak acara, Tasha paling malu bila terkenangkan aktiviti Kotak Beracun. Haha masa lagu di mainkan, Tasha tak ambil port pun nak tunggu kotak beracun tu sampai. So buat tak tahu je lah. Tiba-tiba orang cuit, bagi kotak tu. Ya Allah cuak betul. Masa nak pass dekat orang lain, lagu pun berhenti. So terpaksa lah keluar. Tasha pilih sampul warna oren yang bertulis ...
Anda dikehendaki menyanyikan lagu "Happy Birthday to You Nubhan" dalam lima irama berbeza.
Haaa, something like that lah arahan dia. Tasha dah macam, 'alamak! Macam mana nak buat ni?'. At last, Tasha nyanyi macam biasa je. I sang birthday song for him alone through the microfone.Alone kay, alone. Haha whatever. Oklah, kalau nak tengok gambar event, boleh play videophoto di atas. Selamat menonton!
Harini merupakan hari terakhir persekolahan bagi minggu pertama. But tak rasa semangat nak cuti pun. Homework tersangat lah berlambak. Oleh di sebabkan hari ni Jumaat, saya decide untuk tidak buat kerja sekolah padahal pada awalnya saya dah berniat nak buat. So, tanpa buang masa saya pun on laptop upload video adik. Satu videonya dia nak bagi Shila Amzah dengar. Shila Amzah penyanyi Patah Seribu kah? Ya! Tepat sekali. At last, Shila Amzah tengok jugak dan dia retweet untuk peminat. Thanks to her. Korang nak tengok? JOM!
Upload semata-mata untuk kakak sedara. Haa! Lebih dari 5 jam tau nak tunggu dia upload sebab line internet yang sangat lah lembab. Apa pun, Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia ke anak cucu :)