Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017
Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

Resipi Churros

Assalamualaikum..


Sebenarnya banyak sangat cerita yang tertunggak untuk di catat dalam blog ni. Oleh sebab tak tahu nak start dari mana, so decided to share with you recipe Churros. I'm very sure ramai readers dan bloggers lain yang lagi expert nak buat churros. Tapi takpe, Tasha nak share jugak resipi churros version mama. Haha sebab resipi ni mama yang ajar. Thanks mama! Boleh visit blog mama at http://ezzacoklat.blogspot.com. So let's get started!




Bahan-bahan :

2 biji telur
2 cawan air
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh garam
3 cawan tepung




Cara-cara:

1) Masukkan gula, garam dan marjerin dalam air yang telah dididihkan.
2) Perlahankan api apabila telah sebati.
3) Masukkan tepung secara menabur. Kemudian, kacau dengan cepat sehingga sebati dan tutup api.
4) Dah boleh angkat. Kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
5) Masukkan dalam piping bag dan boleh terap menggunakan nozel bintang di atas kuali. Make sure, minyak dah panas.
6) Goreng sehingga kuning keemasan dan ready to eat. Up to you nak makan dengan coklat, gula atau sebagainya.



Pictures credit to mama. Selamat mencuba!



Monday, November 25, 2013

Cookies!



Assalamualaikum,

Hai semorang! Kita nak bagitahu ni sekarang kita dah try bussiness baru. Nak tahu apa? COOKIES yeay! Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Kita jual per box sebiji macam gambar dekat atas. So, kalau berminat, boleh contact kita thru Twitter @NataschyaaAmeer atau Instagram @Shopalicious_shop okaaaay! Cookies yang kita jual insyaAllah gerenti cheapest cookies dan sangat sedap. Bawah ni kita share one of our customer's feedback :)







Thursday, September 5, 2013

Resipi Kek Batik

Ehsan dari Pak Cik Google.


Assalamualaikum, 

harini dengan rasa ringan tulangnya kita sibuk duk buat research macam mana nak buat kek batik padahal dah lama tekak teringin nak makan. Kita ni memang anak bertuah sikit sebab dah teringin tu, suruh mama buatkan. Memikirkan mama asyik busy dengan urusan adik-adik, jadi kita kata apa salahnya kalau kita yang cuba. Hehe tangan ni setakat masak air, masak maggi, masak goreng-goreng boleh lah. Konon nak tengok skill tangan ni pandai ke tidak, search resipi kek batik.

Lepas dah search tu, tengok bahan-bahan semua senang dan sudah tersedia di dapur. Oh memang betul-betul kena tunjuk skill lah harini sebab macam tahu-tahu je barang dah ada kat dapur hehe. 

Bahan-bahan :
* 2 buku Buttercups
* 1 tin susu pekat
* 1 paket kecil Milo
* 2 penutup esen Vanilla
* 1 paket biskut Marie

Haa, mesti ada yang buat muka pelik tengok bahan-bahan kat atas ni sebab kebanyakkan blog yang share resipi, sukatan dia sama kan? Okay nak explain, resipi yang kita buat ni dah kita olah sedikit dan rasa dia hmmmm tetap sedap. Tak percaya? Cuba lah sendiri :)

Cara-cara :
1) Masukkan 2 buku Buttercups di dalam kuali/periuk yang telah diletakkan di atas dapur dan cairkan.
2) Sesudah cair, masukkan 1 tin susu pekat dan kacau.
3) Masukkan 1 paket kecil Milo dan kacau selaju mungkin. Fungsi kacau selaju mungkin ni sebab taknak bagi dia jadi berketul.
4) Masukkan 2 penutup esen Vanilla. Kenapa penutup? Sebab kita sukat esen Vanilla tu pakai penutup je tak payah sudu-sudu bagai haha
5) Dah siap tu, tutup api. Kemudian, masukkan adunan kedalam mangkuk sedikit demi sedikit di selang-selikan dengan susunan biskut Marie. Buat pengetahuan semua, Tasha tak patah-patahkan biskut Marie sebab nak nampakkan susunan biskut yang kemas semasa potong nanti. Psssst, kalau korang nak patahkan pun no problem.
6) Siap! Masukkan ke dalam peti beku untuk seketika dan siap untuk di makan. Selamat mencuba! 

Haa mudahkan? Apa kata, jom kita isi masa lapang dengan memasak! Lepas tu boleh lah share-share resipi lain kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...