Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017
Showing posts with label Sudut Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Sudut Bacaan. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

Istanbul Aku Datang


Assalamualaikum and Hi!

Apa khabar? Hihi sebenarnya harini Tasha nak coretkan kenangan my family vacation last December, 2015. Whoops! Sorry, it's not that I can't move on tapi saja nak share kan. In future Tasha pun boleh baca lagi.. Tapi sadly, our family vacation was not completed since adik which is my second sister was not together with us sebab dia tengah final. Well, it's okay. Maybe next time. Ya dak? Hihi

First of all, I would like to say sorry sebab quite lambat meng-update entri Istanbul ni sebab busy sesangat lah dengan study stuff and so on. Too many to mention. Even sekarang pun banyak benda tak settle. Tak apa, pelan-pelan kayuh bak kata orang. Lepas tu tunggu lah juga video editor download. Macam-macam dugaan nak upload video. Malas nak story panjang pasal video. So, enjoy!





Istanbul adalah salah satu tempat dalam wishlist yang memang kami nak visit. Alhamdulillah after four and a half hours flight, we finally arrived at our dream place, Istanbul. Yeay! Actually, we arrived Istanbul at 2 pm but since the traffic jammed, we arrived at the hotel after maghrib. So we just had our dinner that night, and back to the hotel to get some rest. Tapi walaupun dinner, sempat jugak merasa Turkish Tea. For free okay! Owner kedai baik hati bagi since weather pun sejuk, apa lagi. Haha


Tak sure what is the actual name of this food tapi ianya adalah kupang. Dalam kulit kupang ni, dia letak nasi. Not really nasi lah tapi macam barley macam tu. Haha faham tak? Okay lah not bad rasanya tapi for me as peminat tegar kupang, kupang makan kosong macam tu lagi sedap kot. Hihi anyhow boleh je nak try. Not a big deal!


Malam first day arrived tu, on the way balik hotel memang banyak kedai mengopi. So singgah minum Turkish Coffee. Nampak menarik sangat tembikar untuk panaskan air tu. Plus best lah duduk sebelah tembikar tu sebab panas haha. Oh ya! Weather quite sejuk tahap tangan beku kalau duduk luar sambil mengopi. Hihi Tak ingat berapa degree tapi below 10 degrees.


Most of the street foods dah try dah, alhamdulillah. Haha siapa follow Instagram tu tahulah ada saja post makanan yang dalam wishlist dan street foods. Yang gambar kat atas ini, gambar chestnut dengan jagung rebus. Sangat murah, so sejuk-sejuk ni ramailah yang membeli. Hihi



Gambar atas ini pulak, fresh fruit punch. Serious sedap dan murah sebab fresh. Pilih nak air apa samaada pomegranates atau oranges. Rasanya mostly ada dua buah tu je kot kalau fruit punch tepi jalan. And one more thing, pakcik ni punya stall, bersih sangat! Pakcik ni pemurah. Bagi air lebih-lebih. Kalau nak bawak botol, letak dalam botol sendiri pun boleh.



Second day in Istanbul, according to our hotel owner, rupanya diorang ada hari kemerdekaan rasanya. Dapat lah tengok banyak bendera diorang pasang dan banyak helicopter berkeliaran dekat langit Istanbul masa tengah breakfast ikan goreng segar. Juicy sangat, serious! Luckily, kedai banyak tak tutup cuma Grand Bazaar je tutup. So we decided to not to go to Grand Bazaar harini. Jadi, kami berjalan kaki ke Blue Mosque dan Aya Sofea. Memandangkan our hotel was so near to these attractions, so decided jalan kaki je lah sambil menghirup udara segar.



Haha sorry tuan tanah pun gigih nak interframe jugak. Okay jangan focus dekat yang depan tu. Sila focus pada background. Cantikkan mosque tu? Itula dia Hagia Sophia (I don't know the exact spelling sebab banyak naw naw cara orang mengeja. Takpelah asalkan bunyi sudah kan.) According to the history, as you know before jadi masjid asalnya Hagia Sophia ni adalah sebuah gereja. It started to become mosque around 1435 if I'm not mistaken. Long time ago, for sure!

Hmm sebenarnya kan, blogpost ni dah tergendala dari semester lepas. So nak cerita balik pun macam ingat tak ingat. Haha takut takut jalan cerita jadi serabut. So, as a conclusion, sila lah tonton travellog yang simple kat atas tu, Haha sorry and thanks for spending your time!




Sunday, October 18, 2015

Throwback Dubai


Assalamualaikum and Hi!


Harini mood nak menaip tu datang pulak, so decided to share something boleh consider as cerita basi haha okay, awal tahun haritu kami sekeluarga ke Dubai. Kira macam short getaway lah. Oleh sebab cerita ni dah basi, harap maaf lah sebab dah tentu tak berapa nak ingat exactly tempat-tempat yang kami visited. Let's start the quick post!


Ini gambar masa hari pertama sampai. Sampai malam, uwaaaa sedih sebab flight delay. Lepas tu, ambil taxi pun dah malam. So pusing-pusing area hotel lepas tu dinner lepas tu balik bilik and rehat sebab esok gonna be a long day.


Keesokkan harinya, after breakfast terus naik teksi ke naik bas awam entah alamak dah lupa. Haha sorry, terus ke Dubai Mall sebab Dubai Mall ni antara the best attraction among tourists kan. Well, dah nama pun mall kan. Of course jual barang-barang branded and another atttraction dekat Dubai Mall ini adalah Dubai Fountain dia. Okay stay tuned!



Ini dia adik bergambar depan salah satu pintu Souk dekat dalam Dubai Mall. Kami tak masuk singgah pun cuma lalu je sebab dah tahu dah kalau Souk dekat dalam mall ternama mesti cenderamata dan abaya nya quite pricey.



Masuk je terus terkesima tengok mall besar ini siap ada aquarium dalam mall okay. Haha alah macam Aquaria dekat KL tu tapi ni dalam dia Wallahualam. Tak tahu nak cerita. Kalau nak tahu kena lah masuk. Oleh sebab kami tak nak buang masa dan masa kami sangat-sangat lah terhad, jadi kami decided untuk tidak masuk tempat aquarium ni. Ala tak ingat lah berapa price dia kalau nak masuk. Maybe boleh google kalau interested ya!



Lepas dah pusing-pusing dalam Dubai Mall, kami berjalan kaki ke train station, lebih kurang macam LRT. Tak ingat dah masa ni nak pergi mana. Tapi ingat ada satu hari tu tak ingat lah hari yang sama atau bukan, kami menaiki bas menuju ke Dubai Outlet. Agak lama kami dalam bas siap tidur bagai haha. Haa nak share, bas dia ada separated section tau, which is ada section untuk single (hanya lelaki sahaja) dan family section (wanita single and family). Okay lepas puas tidur sampai lah Dubai Outlet. Bas berhenti betul betul dekat highway so terpaksa menapak padang pasir sikit nak ke sana. Hihi maaf gambar mana entah. Baru perasan gambar tak cukup. Nak kena gali pulak mana pergi gambar ni.



Petangnya, dari Dubai Outlet, kami ambil teksi untuk ke Dubai Mall balik sebab nak tengok Dubai Fountain yang popular sangat dekat laman sosial tu. Tapi sebelum tu taxi driver tu kata sempat lagi kalau nak tengok Atlantis The Palm sebab Dubai Fountain tu start pukul 630 petang. Kami pun setujulah. So dia bawa pusing-pusing The Palm. Ya Allah serious cantik. Modern tapi sangat cantik lah senang cerita. Kawasan elit yang betul-betul tepi laut. 


Ini permandangan di hadapan The Palm Hotel. Menurut kata taxi driver, The Palm area ni di duduki oleh orang-orang elit dan mat salleh. No wonder lah. Kalau nak tahu, kawasan ini lah polis rondanya memakai kereta-kereta mewah seperti Dodge. Alaaa macam yang kita tengok viral dekat social media tu. Serious macam tu.



Akhirnya sampai di Dubai Mall, nak menapak ke luar ke Dubai Fountain tu agak jauhlah jugak since Dubai Mall ni tersangat lah besar. So masuk bergambar dulu, then pergi cuci mata masuk butik itu ini. Lepas tu baru keluar ke Dubai Fountain area. Ya Allah punya lah ramai lautan manusia rupanya. Takpe redah jugak sebab nak tengok water fountain.


Masuk-masuk je area water fountain tu, tengah play lagu arabic. Water fountain tu menari-nari ya Allah serious cantik. Sekejap je dapat tengok, lepas tu tunggu another almost half an hour. Aaaaaa kali ini best sebab dia play lagu Will Always Love You. Nak sangat nikmati tanpa gangguan tapi dalam masa yang sama nak share dengan semua jugak. So Tasha pun record the whole song. Tengok dekat bawah ini videonya ok!



Sempat lah snap snap sambil menunggu water fountain tu get ready nak menari-nari. Gambar dekat atas ni, Burj Khalifa, betul-betul sebelah kolam water fountain dan sebelah Dubai Mall. Uwaaa tak ada rezeki nak naik tickets sold out sebab ada function apa tah. Tak silap masa ni hari jadi Burj Khalifa. Tak apa, maybe next time hihi


Manisan. Tak tahu nak explain macam mana sebab tak pasti nama dia apa dan cara dia buat macam mana. Tapi rasa dia manis dan sedap. Tak sama dengan Turkish Delight okay. Plus manisan ni ada nuts dalam dia. Okay sedap, serious sedap. Setiap colour, lain-lain rasa. A must try in Dubai. Ada jual dalam Dubai Mall, kira kilo macam tu kot sorry tak berapa ingat dah.



Hari seterusnya, kami naik bas awam ke Emirates Mall. Saja sambil jalan-jalan cuci mata, sambil menyelam minum air. Kekadang terbeli jugak haha ala sesikit. Kalau tak beli nanti, menyesal tak sudah pula. Hihi dah nama pun mall kan, so dalam dia macam biasa lah ada jual barang branded. Haaa nak cerita surau dia serious cantik bersih. Toilet dia selesa! And dekat dalam Emirates Mall ni, ada satu area di mana mereka mereka yang memakai kereta mewah stop and park. So kami terlalu area tu. Ya Allah cantik-cantiknya kereta. Ada macam macam jenis kereta mewah, ada pintu buka ke atas dan sebagainya. 


Okay last but not least, kami tak tahu nak kemana. So papa decided kita naik train. Agak lama dalam train, kami tiba di sebuah station yang Tasha pun tak ingat nama dia haha tapi agak jauh dari bandar Dubai. Kami ke Ibn Battuta Mall. Cantik sangat reka bentuk dalam mall ni. Unik. So ronda-ronda cuci mata dalam tu. Adalah shopping sikit-sikit. Lepas tu dah lewat malam, ambil train balik semula ke hotel. Seronok walaupun banyak guna pengangkutan awam sebab beli daily use punya ticket. Over all, Dubai is one of the best place to visit!

Thanks for spending your time to read my short and quick entry about my short getaway to Dubai!

Wednesday, September 30, 2015

Lambaian Kaabah


 Assalamualaikum.



Ku tetap gagahkan diri tulis entri yang berharga ini walaupun badan baru terasa penatnya, kepala berat rasa mengantuk memanjang, dan tekak serak-serak macam nak hilang suara. Tapi alhamdulillah syukur sebab Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan yang amat baik sepanjang keberadaan kami sekeluarga di Tanah Suci untuk menunaikan fardhu Haji. Walaupun dah balik baru terasa penatnya, tapi Allah masih sayang sebab tak adalah gangguan kesihatan yang teruk, alhamdulillah. Setakat sikit-sikit ni apalah sangat, for the sake of Allah.

Tak pernah terfikir dek akal akan di beri peluang nikmat untuk tunaikan fardhu haji seawal usia ini. Lebih bermakna bila dapat sama-sama kerjakan haji dengan kedua orang tua dan adik beradik yang lain. Wallahi peluang yang sangat sangat sangat bermakna. Susah senang sama-sama dengan keluarga, alhamdulillah. I couldn't ask for more.



First day, 20 September 2015, kami fly dari Dammam airport ke Jeddah airport. Oh ya, buat pengetahuan semua kami sekeluarga mengikuti pakej dari Arab Saudi selama 7 hari. Okay, sambung semula. Sesampai di Jeddah airport, kami di kumpulkan dan menaiki bas terus ke Masjidil Haram untuk mengerjakan ibadah Tawaf Qudum (Selamat Datang) selepas Isya'. Kemudian, kami sekeluarga buat Saie Haji simpan sebelum ke Mina. Setelah selesai, kami di bawa ke Mina dengan menaiki bas dan bermalam di Mina sehingga malam terakhir. Keadaan di Mina sewaktu itu agak lenggang memandangkan 3 hari sebelum waktu puncak.



Hari seterusnya, kami di beri peluang untuk berehat di kem di Mina sementara menunggu ketibaan jemaah dari Riyadh dan Dammam yang memilih untuk menaiki bas instead of kapal terbang. Sepanjang berehat di dalam khemah pada hari tersebut, kami di beri name tag, tag tangan, tag pass train station, tasbih digital dan sejadah. Jemaah dari Riyadh dan Dammam yang menaiki bas tiba di Mina pada belah petang sebelum maghrib.





Hari ketiga, para jemaah di minta berada di khemah sepanjang hari dan bersiap sedia kerana pada belah malam kami akan bertolak ke Arafah bersama-sama dengan menaiki train. Alhamdulillah keadaan di train sebelum kami naiki ke Arafah agak lenggang dan tenang. Mungkin jemaah lain ada yang sudah gerak ke Arafah lebih awal atau mungkin lambat sedikit berbanding kami, wallahualam. So sesampai je di train station, terus dapat naik train tanpa tunggu giliran sebab memang station kosong. Malam tersebut, sesampai di Arafah kami di iring ke sebuah khemah untuk bermalam di situ bersama para jemaah dari negara lain yang juga turut mengikuti pakej di bawah naugan syarikat yang sama.



Pada hari Arafah, kami di kumpulkan bersama-sama dengan jemaah lain. Masing-masing sibuk mengerjakan solat sunat dan fardhu, mengaji, bertasbih serta berdoa sebelum dan semasa waktu puncak. Maaf tak dapat bagi gambaran luar di Padang Arafah dan Jabal Rahmah sebab kami tak di benarkan keluar dari khemah kami. Malam tersebut sesudah masuk waktu maghrib, kami di bawa pulang ke Mina dengan menaiki train. Keadaan pada masa tersebut tersangat sesak kerana semua jemaah menunggu giliran nak naik train balik ke Mina. So kami beratur dari hadapan khemah di Arafah ke train station. Adalah memakan masa hampir 5 jam kami menunggu train. Sesampai di Mina, kami bergegas ke Mudzalifah untuk duduk sebentar, tunaikan solat jamak qasar dan mencari batu untuk melontar jamrah.



Tanpa tidur semalaman, kami mengambil keputusan untuk terus ke Jamrat memandangkan waktu pada masa itu sudah menunjukkan jam hampir 3 pagi. Jadi kami bersama dengan dua lagi pasangan suami isteri bergegas ke train station untuk ke Jamrat bagi mengelakkan jem pada keesokkan hari. Sesampai di train station, askar dan tentera yang mengawal train station tidak membenarkan kami masuk ke kawasan tersebut kerana tutup. Katanya, train sedang di baiki akibat masalah teknikal yang berlaku beberapa jam lepas. Allah, dugaan. Jadi, kami tanyalah macam mana nak ke Jamrat. Dia kata, boleh pilih untuk jalan kaki atau naik pengangkutan sapu yang harganya boleh tahan walaupun hanya bergayut di belakang van.



Kami memilih untuk berjalan kaki memandangkan kami ramai. Sekaligus, boleh ambil pahala sunnah. Kami berjalan kaki hampir 2 jam, kira-kira kurang lebih 5 km ke Jamrat. Alhamdulillah  jalan perlahan-lahan sambil berzikir. Allah permudahkan, dengan bantuan orang-orang sepanjang jalan yang membantu sembur air dan memberi minuman. Sungguh, kenangan manis yang paling tak dapat di lupakan. Sepanjang perjalanan, apa yang kami lihat adalah orang-orang yang tidur di jalanan. Sedih rasa hati. Bila rasa ya Allah penatnya aku nak jalan kaki, tapi bila nampak orang tua dan orang kurang upaya jalan kaki juga, terus semangat naik. Kalau mereka boleh tanpa mengeluh, kenapa aku tidak?



Setiba di Jamrat, kami terlihat seorang lelaki tua tanpa sebelah kaki yang berjalan menggunakan tongkat berhenti di bahu jalan untuk berehat. Tetapi cepat-cepat di tahan oleh tentera Arab Saudi yang mengawal disitu. Sayu rasa hati tengok lelaki tersebut, tapi cepat-cepat fikir secara positif, mungkin ada bahayanya kat situ kalau berhenti. Lantas, kami terus ke Jamratul Aqabah @ Qubra semasa azan subuh berkumandang. Kemudian, kami terus melontar 7 biji batu. Setelah selesai, kami bergegas menunaikan solat subuh di Jamrat.




Hari menjelang siang, kami turun dari Jamrat mencari kedai gunting selepas tahalul. Oleh sebab kedai gunting penuh, jadi kami pun ke kedai makan berhampiran untuk sarapan pagi. Serius tak ada selera nak makan, mungkin sebab kepenatan. Jadi masing-masing menghirup teh tarik panas sebagai alas perut. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke train station untuk pulang ke Mudzalifah. Tak larat rasanya nak berjalan balik ke Mudzalifah setelah lebih 16 KM berjalan sehari suntuk. Jadi kami ambil keputusan untuk menaiki train. Alhamdulillah, sampai saja di kem, terus bersihkan diri mandi-mandi dan berehat. Masa berehat itulah kami di kejutkan dengan berita rempuhan di Mina. Allahu, baru beberapa jam yang lepas kami mungkin melalui jalan tersebut.



Hari Tasyrik pertama, kami di bawa dengan menaiki bas sebelum subuh ke Masjidil Haram. Seusai solat subuh berjemaah, kami bergegas melakukan Tawaf Ifadhah sebelum lebih ramai manusia yang masuk untuk tawaf. Alhamdulillah subuh tu, dapat sembahyang subuh betul-betul di hadapan Kaabah. Gembira sangat! Allah permudah urusan Tawaf Ifadhah, sebab kurang sejam dah selesai. Lepas tu, duduk dalam Masjidil Haram sambil minum air zam zam sebelum ke Safwa Tower untuk sarapan pagi. Kemudian. tak ingat dah jam berapa, kami ambil teksi untuk pulang ke Mina. It costs at only SAR 150 per car. Alhamdulillah sampai walaupun driver taxi "mafi kalam English" hahaha. Pada belah petangnya, kami naik train dari Mudzalifah ke Jamrat untuk melontar ketiga-tiga jamrah.



Oh ya, kami mengambil nafar awal sebabnya flight kami pada awal pagi hari ketiga Tasyrik. So hari kedua Tasyrik merupakan hari terakhir kami melontar ketiga-tiga jamrah sebelum berangkat pulang. Petangnya, bas datang ke kem kami untuk membawa kami ke Jeddah airport. Sedih rasa hari nak tinggalkan Tanah Suci tapi happy sebab di beri peluang rasa keseronokkan haji. Alhamdulillah. Over all, Allah banyak permudah urusan sepanjang melakukan ibadah haji. In shaa Allah, hopefully Allah panggil lagi jadi tetamu pilihan tak kiralah umrah ataupun haji. Oh ya! I pray for all of my friends and all muslims too, may Allah invites all of you to His Holy House as a special guest. Aamiin ya rabb.

Alhamdulillah publish jugak akhirnya setelah berhari-hari draft. Semangat tau post satu entry sekaligus. Taknak buat chapter-chapter. Thanks for reading!



Wednesday, September 18, 2013

Be My Wife







JUDUL : Be My Wife
PENULIS : Nurul Ain Syuhada


SINOPSIS :

HUBUNGAN baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden. Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untuk menjadi BENCI...

Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!

Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.

“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH

‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN

“Abang Elman yang masak?” - HANNAH

“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN

Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?


"Tak mungkin aku dapat menghapuskan namamu yang sudah lama terukir dalam hatiku"



Thursday, September 12, 2013

Day 1 : Trip to Padang

Assalamualaikum,

Wah terasa begitu lama tak menari-narikan jari atas papan menaip ni untuk menaip blog. Bukan begitu lama rasanya tetapi tersangat lah lama tak masukkan entri apa-apa.

Okay, berbalik pada tajuk entri. Ya, Tasha dan keluarga ada mengikuti trip ke Padang, Indonesia pada 27 Jun 2013 sebelum puasa. Tujuan kesana? Oh tak ada apa sangat. Bukan atas urusan penting atau apa. Tapi sekadar untuk berehat, bercuti bersama keluarga dan sambil menyelam minum air, belajar lah adat istiadat orang kan.

Flight kami bertolak dari Kuala Lumpur, jadi hari sebelum bertolak dah kena ada dekat KL. Pagi 27 Jun tu, kira-kira jam 4.30 pagi kami dah bertolak ke LCCT dengan mata mengantuk tersengguk-sengguk. Haha dalam  perjalanan tu, apa lagi tidur lah dalam teksi. Sampai saja dekat LCCT (kurang pasti jam berapa), terus check-in. Lepas dah check-in baggage apa semua, kami cari surau untuk tunaikan solat subuh dan kemudian bersarapan sekadar alas perut sambil menunggu flight lebih kurang jam 7.

Waktu Indonesia lambat 1 jam saja dari waktu Malaysia, jadi kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada jam 8 pagi waktu Indonesia. Turun saja flight dan dah check imigresen, kami bergegas mencari tandas. Tinjau-tinjau area menunggu bagasi kalau-kalau ada tandas, tapi hampa. Lepas dah dapat semua bagasi, terus keluar sebab nak cari tandas katakan, nasib baik ada. Itu pun kena tunggu giliran lah. Bukan apa, tandas cuma ada satu. Berbeza sekali dengan lapangan terbang di Malaysia, kerana di Malaysia tandas awam tersangat lah banyak. Kemudian, kami di sambut oleh tour guide Saffira Tour Indonesia yang memperkenalkan diri sebagai Pak Ucop, peramah sangat orangnya. Haruslah peramah kan nama pun tour guide haha.



Setelah semua penumpang mendapatkan tempat duduk di dalam Pariwisata (Pari bermaksud bas, wisata bermaksud perlancongan. Tak silap Tasha kan, itu bahasa minang. Maaf andai salah.), kami bertolak ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan, kami di beri kuih-muih sebagai alas perut sementara menunggu makan tengahari. Sepanjang perjalanan, kami turut di saji dengan cerita-cerita menarik dari Pak Ucop dan juga permandangan sawah padi yang menghijau di kiri dan kanan jalan yang cukup indah. Tak lupa juga, mata turut di jamu dengan pelbagai rekaan unik masjid. Dah tak payah risau pasal nak solat. Sangat banyak masjid okay! Haa satu lagi, yang buat kami tabik hormat kepada orang Padang ni kerana kesabaran mereka tersangatlah tinggi. Kenapa? Di tempat mereka, tak ada kesesakkan lalu lintas atau pencemaran bunyi hon. Mereka tak memandu dengan laju. Trafik di jalan raya mereka bergerak perlahan walaupun kenderaan boleh tahan banyak. Dari situ lah ternyata tahap kesabaran orang Padang ni tinggi.






Oleh kerana terpaku dengan permandangan indah yang disajikan sepanjang perjalan ke Bukit Tinggi, Tasha kurang pasti berapa lama masa perjalanan yang di ambil dari lapangan terbang ke Air Terjun Lembah Anai (Anai Valley Waterfall). Situasi dan keadaan di kawasan Air Terjun Lembah Anai lebih kurang kawasan Lata Iskandar, Cameron Highlands. Menurut cerita dari pemandu pelancong kami, kalau basuh muka dengan air terjun ni nanti muka boleh jadi macam bayi haaa lebih kurang macam tu lah. Sebab itu juga, semua di nasihatkan agar tidak mandi di air terjun ini. Betul atau tidak? Wallahualam. Tapi cuba-cuba juga untuk cuci muka, alahai sejuk dan segar airnya. MasyaAllah.




Setelah itu, kami dibawa ke Minangkabau Village untuk mendengar dan melihat sendiri sejarah-sejarah Padang serta rumah-rumah gadang. Akibat suka menangguh dan menulis entri separuh jalan dan kemudian save tanpa post, Tasha kurang pasti apa nama rumah kecil yang terletak di hadapan rumah gadang untuk disimpan beras. Maaf lah ya. Haa kalau nak tahu, rumah gadang ni penghuni dia sangat ramai tau. Satu pintu, satu keluarga. Kepantangan dia, kalau tetamu datang, tetamu mestilah duduk menghadap tingkap luar. Dan tiang yang ada dalam rumah gadang merupakan pembahagi kawasan rumah masing-masing. Nak tahu lebih lanjut dengan menarik, jom lah melawat Padang. Seronok!



Kemudian, kami singgah di Restoran Pak Datuk di Padang Panjang untuk menikmati juadah makan tengahari. Semestinya tak lain tak bukan, nasi Padang! Lauk yang di hidang sedikit-sedikit mengikut jenis seperti gambar di atas. Sambil menikmati makan tengahari, kami turut membuat pesanan air avocado yang asli. Di Padang, air avocado di panggil air apocat. Sangat sedap okay! Kalau pergi, memang wajib rasa dan yang pasti harga sangat berpatutan.



Habis saja makan tengahari walaupun dah petang sikit, kami di bawa berkunjung ke Pandai Sikek. Pandai Sikek ni perkampungan yang popular dengan seni ukir kayu dan tenun-menenun kain-kain dan songket. Apa lagi? Memang shopping sakan lah jawabnya. Ya, harus diakui bahawa percutian kali ni memang dipenuhi dengan shopping shopping dan shopping eh shopping lagi. Seterusnya, Pak Usop (pemandu pelancong kami) bawa kami ke tempat di mana kami boleh rasa kuih neraka. Haa di gelarnya kuih neraka padahal nama kuih tu adalah Bika Talago. Bika Talago ni macam rasa pisang. Kuih ni di bakar menggunakan arang, api atas dan bawah. Tengah-tengah baru kuih tu. Sedap ya Allah!




Okay. Sebelum kami sampai hotel di Bukit Tinggi, kami sempat berhenti makan malam pula. Kali ini kami makan betul-betul di Bukit Tinggi sebaris dengan hotel. Makanan masih sama, nasi Padang. Baiklah sampai di sini saja cerita Day 1 di Padang, Indonesia. InsyaAllah saya akan cari kelapangan untuk menceritakan kisah Day 2 pada entri akan datang. Bye!

Thursday, September 5, 2013

Resipi Kek Batik

Ehsan dari Pak Cik Google.


Assalamualaikum, 

harini dengan rasa ringan tulangnya kita sibuk duk buat research macam mana nak buat kek batik padahal dah lama tekak teringin nak makan. Kita ni memang anak bertuah sikit sebab dah teringin tu, suruh mama buatkan. Memikirkan mama asyik busy dengan urusan adik-adik, jadi kita kata apa salahnya kalau kita yang cuba. Hehe tangan ni setakat masak air, masak maggi, masak goreng-goreng boleh lah. Konon nak tengok skill tangan ni pandai ke tidak, search resipi kek batik.

Lepas dah search tu, tengok bahan-bahan semua senang dan sudah tersedia di dapur. Oh memang betul-betul kena tunjuk skill lah harini sebab macam tahu-tahu je barang dah ada kat dapur hehe. 

Bahan-bahan :
* 2 buku Buttercups
* 1 tin susu pekat
* 1 paket kecil Milo
* 2 penutup esen Vanilla
* 1 paket biskut Marie

Haa, mesti ada yang buat muka pelik tengok bahan-bahan kat atas ni sebab kebanyakkan blog yang share resipi, sukatan dia sama kan? Okay nak explain, resipi yang kita buat ni dah kita olah sedikit dan rasa dia hmmmm tetap sedap. Tak percaya? Cuba lah sendiri :)

Cara-cara :
1) Masukkan 2 buku Buttercups di dalam kuali/periuk yang telah diletakkan di atas dapur dan cairkan.
2) Sesudah cair, masukkan 1 tin susu pekat dan kacau.
3) Masukkan 1 paket kecil Milo dan kacau selaju mungkin. Fungsi kacau selaju mungkin ni sebab taknak bagi dia jadi berketul.
4) Masukkan 2 penutup esen Vanilla. Kenapa penutup? Sebab kita sukat esen Vanilla tu pakai penutup je tak payah sudu-sudu bagai haha
5) Dah siap tu, tutup api. Kemudian, masukkan adunan kedalam mangkuk sedikit demi sedikit di selang-selikan dengan susunan biskut Marie. Buat pengetahuan semua, Tasha tak patah-patahkan biskut Marie sebab nak nampakkan susunan biskut yang kemas semasa potong nanti. Psssst, kalau korang nak patahkan pun no problem.
6) Siap! Masukkan ke dalam peti beku untuk seketika dan siap untuk di makan. Selamat mencuba! 

Haa mudahkan? Apa kata, jom kita isi masa lapang dengan memasak! Lepas tu boleh lah share-share resipi lain kan :)

Monday, April 15, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia


"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan"

Judul : Sebenarnya Saya Isteri Dia
Penulis : Zura Asyfar

Sinopsis :

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi kepada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

"Aku buat semua ini kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau" - FIRASH ARSHAD

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kawin dengan aku" - SYAFA AQIRA

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka di rahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak di sangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina.Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash menjadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk membuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" - SYAFA AQIRA

" Betul ke tak ingin? Dulu okay je sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - FIRASH ARSHAD

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?





Nak tahu selanjutnya? Jom beli novel terbaik karya Zura Asyfar dan ikuti Sebenarnya Saya Isteri Dia lakonan gandingan hebat Tiz Zaqyah dan Izzue Islam setiap Jumaat jam 9 malam hanya di TV3


Thursday, March 28, 2013

Suamiku Encik Perfect 10!

Judul: Suamiku Encik Perfect 10!
Penulis: Syamnuriezmil

Sinopsis:
Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri  di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertahta di hati.

"Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni"- Aleeya Azmeen

"Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap"- Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang di kandungkan Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta Zarief Danial ataupun Syed Muzaffar.

"Aleeya, dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?"- Zarief Danial

"Dah, tapi dia milik orang"- Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan peroleh cinta dari Encik Perfect 10, sepertimana yang dia harapkan?

"Entah dari mana dia datang. aku tak pasti. Yang aku pasti, dia membawa cintanya sekali!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...