Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Wednesday, September 30, 2015

Lambaian Kaabah


 Assalamualaikum.



Ku tetap gagahkan diri tulis entri yang berharga ini walaupun badan baru terasa penatnya, kepala berat rasa mengantuk memanjang, dan tekak serak-serak macam nak hilang suara. Tapi alhamdulillah syukur sebab Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan yang amat baik sepanjang keberadaan kami sekeluarga di Tanah Suci untuk menunaikan fardhu Haji. Walaupun dah balik baru terasa penatnya, tapi Allah masih sayang sebab tak adalah gangguan kesihatan yang teruk, alhamdulillah. Setakat sikit-sikit ni apalah sangat, for the sake of Allah.

Tak pernah terfikir dek akal akan di beri peluang nikmat untuk tunaikan fardhu haji seawal usia ini. Lebih bermakna bila dapat sama-sama kerjakan haji dengan kedua orang tua dan adik beradik yang lain. Wallahi peluang yang sangat sangat sangat bermakna. Susah senang sama-sama dengan keluarga, alhamdulillah. I couldn't ask for more.



First day, 20 September 2015, kami fly dari Dammam airport ke Jeddah airport. Oh ya, buat pengetahuan semua kami sekeluarga mengikuti pakej dari Arab Saudi selama 7 hari. Okay, sambung semula. Sesampai di Jeddah airport, kami di kumpulkan dan menaiki bas terus ke Masjidil Haram untuk mengerjakan ibadah Tawaf Qudum (Selamat Datang) selepas Isya'. Kemudian, kami sekeluarga buat Saie Haji simpan sebelum ke Mina. Setelah selesai, kami di bawa ke Mina dengan menaiki bas dan bermalam di Mina sehingga malam terakhir. Keadaan di Mina sewaktu itu agak lenggang memandangkan 3 hari sebelum waktu puncak.



Hari seterusnya, kami di beri peluang untuk berehat di kem di Mina sementara menunggu ketibaan jemaah dari Riyadh dan Dammam yang memilih untuk menaiki bas instead of kapal terbang. Sepanjang berehat di dalam khemah pada hari tersebut, kami di beri name tag, tag tangan, tag pass train station, tasbih digital dan sejadah. Jemaah dari Riyadh dan Dammam yang menaiki bas tiba di Mina pada belah petang sebelum maghrib.





Hari ketiga, para jemaah di minta berada di khemah sepanjang hari dan bersiap sedia kerana pada belah malam kami akan bertolak ke Arafah bersama-sama dengan menaiki train. Alhamdulillah keadaan di train sebelum kami naiki ke Arafah agak lenggang dan tenang. Mungkin jemaah lain ada yang sudah gerak ke Arafah lebih awal atau mungkin lambat sedikit berbanding kami, wallahualam. So sesampai je di train station, terus dapat naik train tanpa tunggu giliran sebab memang station kosong. Malam tersebut, sesampai di Arafah kami di iring ke sebuah khemah untuk bermalam di situ bersama para jemaah dari negara lain yang juga turut mengikuti pakej di bawah naugan syarikat yang sama.



Pada hari Arafah, kami di kumpulkan bersama-sama dengan jemaah lain. Masing-masing sibuk mengerjakan solat sunat dan fardhu, mengaji, bertasbih serta berdoa sebelum dan semasa waktu puncak. Maaf tak dapat bagi gambaran luar di Padang Arafah dan Jabal Rahmah sebab kami tak di benarkan keluar dari khemah kami. Malam tersebut sesudah masuk waktu maghrib, kami di bawa pulang ke Mina dengan menaiki train. Keadaan pada masa tersebut tersangat sesak kerana semua jemaah menunggu giliran nak naik train balik ke Mina. So kami beratur dari hadapan khemah di Arafah ke train station. Adalah memakan masa hampir 5 jam kami menunggu train. Sesampai di Mina, kami bergegas ke Mudzalifah untuk duduk sebentar, tunaikan solat jamak qasar dan mencari batu untuk melontar jamrah.



Tanpa tidur semalaman, kami mengambil keputusan untuk terus ke Jamrat memandangkan waktu pada masa itu sudah menunjukkan jam hampir 3 pagi. Jadi kami bersama dengan dua lagi pasangan suami isteri bergegas ke train station untuk ke Jamrat bagi mengelakkan jem pada keesokkan hari. Sesampai di train station, askar dan tentera yang mengawal train station tidak membenarkan kami masuk ke kawasan tersebut kerana tutup. Katanya, train sedang di baiki akibat masalah teknikal yang berlaku beberapa jam lepas. Allah, dugaan. Jadi, kami tanyalah macam mana nak ke Jamrat. Dia kata, boleh pilih untuk jalan kaki atau naik pengangkutan sapu yang harganya boleh tahan walaupun hanya bergayut di belakang van.



Kami memilih untuk berjalan kaki memandangkan kami ramai. Sekaligus, boleh ambil pahala sunnah. Kami berjalan kaki hampir 2 jam, kira-kira kurang lebih 5 km ke Jamrat. Alhamdulillah  jalan perlahan-lahan sambil berzikir. Allah permudahkan, dengan bantuan orang-orang sepanjang jalan yang membantu sembur air dan memberi minuman. Sungguh, kenangan manis yang paling tak dapat di lupakan. Sepanjang perjalanan, apa yang kami lihat adalah orang-orang yang tidur di jalanan. Sedih rasa hati. Bila rasa ya Allah penatnya aku nak jalan kaki, tapi bila nampak orang tua dan orang kurang upaya jalan kaki juga, terus semangat naik. Kalau mereka boleh tanpa mengeluh, kenapa aku tidak?



Setiba di Jamrat, kami terlihat seorang lelaki tua tanpa sebelah kaki yang berjalan menggunakan tongkat berhenti di bahu jalan untuk berehat. Tetapi cepat-cepat di tahan oleh tentera Arab Saudi yang mengawal disitu. Sayu rasa hati tengok lelaki tersebut, tapi cepat-cepat fikir secara positif, mungkin ada bahayanya kat situ kalau berhenti. Lantas, kami terus ke Jamratul Aqabah @ Qubra semasa azan subuh berkumandang. Kemudian, kami terus melontar 7 biji batu. Setelah selesai, kami bergegas menunaikan solat subuh di Jamrat.




Hari menjelang siang, kami turun dari Jamrat mencari kedai gunting selepas tahalul. Oleh sebab kedai gunting penuh, jadi kami pun ke kedai makan berhampiran untuk sarapan pagi. Serius tak ada selera nak makan, mungkin sebab kepenatan. Jadi masing-masing menghirup teh tarik panas sebagai alas perut. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke train station untuk pulang ke Mudzalifah. Tak larat rasanya nak berjalan balik ke Mudzalifah setelah lebih 16 KM berjalan sehari suntuk. Jadi kami ambil keputusan untuk menaiki train. Alhamdulillah, sampai saja di kem, terus bersihkan diri mandi-mandi dan berehat. Masa berehat itulah kami di kejutkan dengan berita rempuhan di Mina. Allahu, baru beberapa jam yang lepas kami mungkin melalui jalan tersebut.



Hari Tasyrik pertama, kami di bawa dengan menaiki bas sebelum subuh ke Masjidil Haram. Seusai solat subuh berjemaah, kami bergegas melakukan Tawaf Ifadhah sebelum lebih ramai manusia yang masuk untuk tawaf. Alhamdulillah subuh tu, dapat sembahyang subuh betul-betul di hadapan Kaabah. Gembira sangat! Allah permudah urusan Tawaf Ifadhah, sebab kurang sejam dah selesai. Lepas tu, duduk dalam Masjidil Haram sambil minum air zam zam sebelum ke Safwa Tower untuk sarapan pagi. Kemudian. tak ingat dah jam berapa, kami ambil teksi untuk pulang ke Mina. It costs at only SAR 150 per car. Alhamdulillah sampai walaupun driver taxi "mafi kalam English" hahaha. Pada belah petangnya, kami naik train dari Mudzalifah ke Jamrat untuk melontar ketiga-tiga jamrah.



Oh ya, kami mengambil nafar awal sebabnya flight kami pada awal pagi hari ketiga Tasyrik. So hari kedua Tasyrik merupakan hari terakhir kami melontar ketiga-tiga jamrah sebelum berangkat pulang. Petangnya, bas datang ke kem kami untuk membawa kami ke Jeddah airport. Sedih rasa hari nak tinggalkan Tanah Suci tapi happy sebab di beri peluang rasa keseronokkan haji. Alhamdulillah. Over all, Allah banyak permudah urusan sepanjang melakukan ibadah haji. In shaa Allah, hopefully Allah panggil lagi jadi tetamu pilihan tak kiralah umrah ataupun haji. Oh ya! I pray for all of my friends and all muslims too, may Allah invites all of you to His Holy House as a special guest. Aamiin ya rabb.

Alhamdulillah publish jugak akhirnya setelah berhari-hari draft. Semangat tau post satu entry sekaligus. Taknak buat chapter-chapter. Thanks for reading!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...