Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

Istanbul Aku Datang


Assalamualaikum and Hi!

Apa khabar? Hihi sebenarnya harini Tasha nak coretkan kenangan my family vacation last December, 2015. Whoops! Sorry, it's not that I can't move on tapi saja nak share kan. In future Tasha pun boleh baca lagi.. Tapi sadly, our family vacation was not completed since adik which is my second sister was not together with us sebab dia tengah final. Well, it's okay. Maybe next time. Ya dak? Hihi

First of all, I would like to say sorry sebab quite lambat meng-update entri Istanbul ni sebab busy sesangat lah dengan study stuff and so on. Too many to mention. Even sekarang pun banyak benda tak settle. Tak apa, pelan-pelan kayuh bak kata orang. Lepas tu tunggu lah juga video editor download. Macam-macam dugaan nak upload video. Malas nak story panjang pasal video. So, enjoy!





Istanbul adalah salah satu tempat dalam wishlist yang memang kami nak visit. Alhamdulillah after four and a half hours flight, we finally arrived at our dream place, Istanbul. Yeay! Actually, we arrived Istanbul at 2 pm but since the traffic jammed, we arrived at the hotel after maghrib. So we just had our dinner that night, and back to the hotel to get some rest. Tapi walaupun dinner, sempat jugak merasa Turkish Tea. For free okay! Owner kedai baik hati bagi since weather pun sejuk, apa lagi. Haha


Tak sure what is the actual name of this food tapi ianya adalah kupang. Dalam kulit kupang ni, dia letak nasi. Not really nasi lah tapi macam barley macam tu. Haha faham tak? Okay lah not bad rasanya tapi for me as peminat tegar kupang, kupang makan kosong macam tu lagi sedap kot. Hihi anyhow boleh je nak try. Not a big deal!


Malam first day arrived tu, on the way balik hotel memang banyak kedai mengopi. So singgah minum Turkish Coffee. Nampak menarik sangat tembikar untuk panaskan air tu. Plus best lah duduk sebelah tembikar tu sebab panas haha. Oh ya! Weather quite sejuk tahap tangan beku kalau duduk luar sambil mengopi. Hihi Tak ingat berapa degree tapi below 10 degrees.


Most of the street foods dah try dah, alhamdulillah. Haha siapa follow Instagram tu tahulah ada saja post makanan yang dalam wishlist dan street foods. Yang gambar kat atas ini, gambar chestnut dengan jagung rebus. Sangat murah, so sejuk-sejuk ni ramailah yang membeli. Hihi



Gambar atas ini pulak, fresh fruit punch. Serious sedap dan murah sebab fresh. Pilih nak air apa samaada pomegranates atau oranges. Rasanya mostly ada dua buah tu je kot kalau fruit punch tepi jalan. And one more thing, pakcik ni punya stall, bersih sangat! Pakcik ni pemurah. Bagi air lebih-lebih. Kalau nak bawak botol, letak dalam botol sendiri pun boleh.



Second day in Istanbul, according to our hotel owner, rupanya diorang ada hari kemerdekaan rasanya. Dapat lah tengok banyak bendera diorang pasang dan banyak helicopter berkeliaran dekat langit Istanbul masa tengah breakfast ikan goreng segar. Juicy sangat, serious! Luckily, kedai banyak tak tutup cuma Grand Bazaar je tutup. So we decided to not to go to Grand Bazaar harini. Jadi, kami berjalan kaki ke Blue Mosque dan Aya Sofea. Memandangkan our hotel was so near to these attractions, so decided jalan kaki je lah sambil menghirup udara segar.



Haha sorry tuan tanah pun gigih nak interframe jugak. Okay jangan focus dekat yang depan tu. Sila focus pada background. Cantikkan mosque tu? Itula dia Hagia Sophia (I don't know the exact spelling sebab banyak naw naw cara orang mengeja. Takpelah asalkan bunyi sudah kan.) According to the history, as you know before jadi masjid asalnya Hagia Sophia ni adalah sebuah gereja. It started to become mosque around 1435 if I'm not mistaken. Long time ago, for sure!

Hmm sebenarnya kan, blogpost ni dah tergendala dari semester lepas. So nak cerita balik pun macam ingat tak ingat. Haha takut takut jalan cerita jadi serabut. So, as a conclusion, sila lah tonton travellog yang simple kat atas tu, Haha sorry and thanks for spending your time!




Monday, October 26, 2015

Sushi

Assalamualaikum and Hi!

Sebenarnya lama dah teringin nak makan sushi. Mana lah nak dapat dekat Saudi ni kan, nasib baik ada kawan nak suggest dekat mana tempat best nak makan sushi. So harini Tasha nak share tentang Jumaat lalu, kami sekeluarga ada dinner dengan kawan dekat kedai sushi yang dia suggest. Alhamdulillah walupun harga quite pricey tapi rasa dia sangat puas hari. Let's check it out!



Opss! Tuan tanah nak jugak interframe muka lapar tunggu lama sebab sampai je betul-betul waktu Isya' so tak boleh order. Kena tunggu habis solat baru boleh order. Nasib baik tak makan masa yang lama untuk diorang siapkan order.



Lepas order tu, dapatlah complimentary. Okay hilang rasa marah menunggu tadi hihi makan ni dulu. Sausages chicken ham wrap with sticky rice and Japanese sauce on top. Delicious!



Ini tak tahu apa nak explain tapi nice lah. Harga pun tak pasti sebab mama yang order and dia suka sangat sebab tak ada benda mentah haha forsure! Dalam dia macam cucumber and isi ketam yang dah di gaul dengan mayonise wrap dengan sticky rice. Warna orange tu sedap. Bila kunyah macam ada bunyi gitu hihi



I ordered this one. Sticky rice and crab meat on top, yang warna hijau tua tu seaweed. Oh ya maaf lah ya kalau salah nama dia. Kita tak tahu nak panggil apa so panggil sticky rice je lah haha. Satu hidangan ada 2 ketul sahaja. Price dalam SAR 22.



Ini Haikal's order. Cheese balls tak silap nama dia. Dalam dia of course ada cheese. Bawah dia tu Japanese sauce. Price dia lebih kurang SAR 31.


This is my order too. Nama hidangan ini Ramen with Seafood. Sedap dan puas hati sebab di hidangkan panas-panas dan portion dia banyak boleh makan 3-4 orang, untuk yang jenis tak kuat makan lah ya. Harga Ramen with Seafood ini lebih kurang SAR 50. Serious tak ingat harga.


Ini pula makanan western sebab ada orang tu tak makan makanan Korea/ Japan. Tapi makanan western tak banyak pilihan. Cuma ada pasta sahaja. Harga hidangan ini ialah SAR 68. Tapi rasa serious sedap. Boleh order lagi haha

I love sushi so much !

Sunday, September 6, 2015

Dates & Palm Festival


Assalamualaikum and hi!





Yeay alhamdulillah I've been blogging on this blog for 6 years on last 23rd of August 2015. Eventhough there was a couple of years, Tasha tak update langsung. Tak tahu kenapa haha not in the mood maybe or maybe I was too enjoyed with my life sebab tu tak ada masa haha Okay ignore gambar lukisan hasil tangan Tasha kat atas tu. Tak related pun sebenarnya. Saja share.


Alhamdulillah for this wonderful life so that I may share them with you guys thru this blog kan. Thanks awak awak yang mana sudi baca blog picisan kita yang tak seberapa ni. Haha masalahnya ada ke orang baca. Takpelah, sebab tujuan asal buat blog dulu pun sebab nak simpan memories. Bila baca balik oh I did this, I did that, I went there haaa cenggitu. Acah acah diari.




Okay meh back to the actual topic, sebenarnya harini nak cerita pasal Dates & Palm Festival yang Tasha hadiri last week. Okay last week kira tak basi lagi lah haha. Sempena Malaysia Independent's Day, all Malaysian berkumpul dekat festival ini so I decided to go sebab teruja nak tahu tentang kurma dan pokok kurma. Well, opportunity macam ni datang hanya sekali so apa lagi. Teruja juga nak tahu macam mana festival nya kalau dekat Arab Saudi.





Mula-mula tu masa sampai, adalah seorang dua pak Arab bagi penerangan sikit-sikit tentang kurma dan pokok kurma dalam bilik pameran. Lepas tu boleh lah rasa jenis-jenis kurma yang ada sambil menghirup air gawa panas. Gawa ni katanya bagus untuk cuci perut tapi tak pasti sejauh mana kebenarannya. Buat research dekat google tapi tak jumpa tentang air gawa ni. Atau ejaannya bukan begini, mungkin ? 




Kemudian, kami ke tengah kawasan untuk melihat orang-orang lama membuat kraf tangan dari pohon tamar. Kraf tangan seperti bakul, tikar, kipas dan rotan yang sangat kreatif di hasilkan dari pohon tamar. So tanpa berceloteh panjang berjela, Tasha nak jamu korang dengan kurma hahaha eh bukan! Jamu dengan gambar-gambar di Dates & Palm Festival. Oh ya sebelum terlupa, gambar kaum Adam reramai dekat bawah ini siap masuk newspaper haha






Wednesday, April 22, 2015

Bencinta di Kuwait

Assalamualaikum...

Since every week dah start tengok Bencinta sebab cerita dia quite menarik plus kita memang layan drama melayu pun haha so every cerita melayu kira macam wajib layan. Plus, dalam cerita ni ada Fattah Amin ehem. Okay back to tujuan post, tetiba rasa nak post pasal kita ke Kuwait lepas tengok dalam cerita Bencinta ni ada scene dekat Kuwait. How I miss Kuwait!




Early this year, kita ke Kuwait jalan-jalan makan angin cuci mata. Kita ke Kuwait tak lama pun cuma 2 hari macam tu. Sampai Kuwait dalam tengahari macam tu selepas ada a bit problem dekat border. Well you know, but we managed to handle the problem alhamdulillah. Sesampai saja Kuwait, tanpa membuang masa terus ke Souk Al-Mubarakiya. Souk atau Souq berasal dari perkataan arab yang membawa maksud pasar atau bazaar. Dekat souk ni ada jual bermacam jenis pakaian, abaya, tudung, makanan, buah-buahan, dan pelbagai cenderamata. Kami ke souk kira-kira petang kot, sorry I don't really remember hihi. Rupa-rupanya tak semua kedai dekat souk tu dah buka. Masih ada lagi yang tutup. Well, souk kan meriahnya selepas asar hingga ke malam sahaja.>





So we decided to makan. Biasalah, Kuwait mestilah makanan arab kan. Kami order nasi mandy dan satay arab. Haha make senses what, actually tak ingat nama dia apa sebab uncle order tapi it tastes good makan dengan sayur dan labneh wrap with roti arab. Labneh ini yogurt tanpa lemak mentega dan di campur dengan sedikit olive oil. Please forgive me if I am wrong. Overall, makanan memang best dan mengenyangkan walaupun makan dekat souk. Thumbs up! Souk al Mubarakiya should be in your list to visit when you're visiting Kuwait!





Selepas makan, kami ke hotel untuk check in dan berehat sementara menunggu waktu maghrib masuk. Rehat-rehat kejap, lepas maghrib keluar balik. Kami ke The Avenues which is the largest mall in Kuwait. On the way kesana, kami menikmati permandangan malam Kuwait dengan penuh kenderaan atas jalan disebabkan malam minggu including Kuwait tower. Setelah beberapa kali pusing tempat parking, baru lah ada rezeki nak masuk parking sebab terlalu banyak kereta yang nak parking well like what I mentioned earlier, kami ke Kuwait waktu hujung minggu. The Avenues ni sangat besar so ada pelbagai brand dalam satu mall. Tak berpeluang nak menjelajah satu mall tapi takpe insyaAllah nanti kami datang balik. Jalan-jalan je malam tu tak shopping apa sangat cuma beli kek birthday uncle dekat The Cheese Cake Factory. Oh ya, for your information KD 1 lebih kurang RM 13 tunaaaaai hihi





Malam tu sebelum balik hotel dan berehat, kami ke sebuah restaurant untuk celebrate birthday uncle and again Tasha tak tahu location dan nama restaurant tu tapi yang penting masih lagi makanan arab. Sebenarnya, plan asal nak Oriental Cuisine tapi ronda punya ronda tak jumpa pulak. Mungkin sebab malam. Mungkin sebab GPS pun tak jumpa jalan. hihi So takpe tonight kitaorang makan je makanan arab. Esok baru mulakan pencarian Oriental Cuisine. However alhamdulillah for the delicious foods.





Keesokkan harinya merupakan last day in Kuwait sebab malam tu nak balik dah. It's okay, 3 hours journey je. So tak rasa penat sangat. After sarapan pagi dan check out, kami pun teruskan perjalanan kami ke Kuwait Tower. Nice view, nice tower, nice weather and nice sea. Nasib baik kami ke Kuwait waktu tu weather berangin dan tak berapa panas sebab masih winter kan. Sejuk cuma tak terlalu sejuk. Permandangan yang sangat cantik dan nyaman okay tambahan Kuwait tower ni sebelah laut. Haa you just imagined!





Lepas dah puas snap-snap dekat area Kuwait Tower tu, kami meneruskan misi pencarian Oriental Cuisine sebab katanya kat sana makanan Thailand sedap. Oleh kerana teringin nak makan makanan Thailand, sanggup lah jugak bersesat-sesat cari restaurant ni dan tunda perjalanan balik. Akhirnya, alhamdulillah pencarian membuahkan hasil. Makan puas-puas masakkan Thailand before balik. Siap ada dessert pulut durian, ya Allah nikmatnyaaaa. Sebelum balik, curi-curi masa jalan-jalan ke Souk Sharq dan jalan-jalan cari cenderamata dekat Souk al Mubarakiya semalam. After isya', dah solat apa semua get ready nak balik and back to reality. Alhamdulillah great experience in Kuwait eventho cuma 2 hari dan insyaAllah panjang umur murah rezeki will definitely come back. Amin.


Pssst, dengar khabar Kuwait turun salji lepas kitaorang balik. Wallahualam. Anyways, tetiba rajin bebenar nak menaip blog malam ni. Hihi







Sunday, April 19, 2015

Resipi Churros

Assalamualaikum..


Sebenarnya banyak sangat cerita yang tertunggak untuk di catat dalam blog ni. Oleh sebab tak tahu nak start dari mana, so decided to share with you recipe Churros. I'm very sure ramai readers dan bloggers lain yang lagi expert nak buat churros. Tapi takpe, Tasha nak share jugak resipi churros version mama. Haha sebab resipi ni mama yang ajar. Thanks mama! Boleh visit blog mama at http://ezzacoklat.blogspot.com. So let's get started!




Bahan-bahan :

2 biji telur
2 cawan air
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh garam
3 cawan tepung




Cara-cara:

1) Masukkan gula, garam dan marjerin dalam air yang telah dididihkan.
2) Perlahankan api apabila telah sebati.
3) Masukkan tepung secara menabur. Kemudian, kacau dengan cepat sehingga sebati dan tutup api.
4) Dah boleh angkat. Kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
5) Masukkan dalam piping bag dan boleh terap menggunakan nozel bintang di atas kuali. Make sure, minyak dah panas.
6) Goreng sehingga kuning keemasan dan ready to eat. Up to you nak makan dengan coklat, gula atau sebagainya.



Pictures credit to mama. Selamat mencuba!



Monday, November 25, 2013

Cookies!



Assalamualaikum,

Hai semorang! Kita nak bagitahu ni sekarang kita dah try bussiness baru. Nak tahu apa? COOKIES yeay! Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Kita jual per box sebiji macam gambar dekat atas. So, kalau berminat, boleh contact kita thru Twitter @NataschyaaAmeer atau Instagram @Shopalicious_shop okaaaay! Cookies yang kita jual insyaAllah gerenti cheapest cookies dan sangat sedap. Bawah ni kita share one of our customer's feedback :)







Thursday, November 7, 2013

Blog Menjadi Diari Kehidupan




Assalamualaikum and hi !

Meh sini nak cerita kisah yang basi. Haha basi tak basi jugak lah sebab majalah ni keluaran November 2013. Alhamdulillah Tasha rasa bertuah sebab blog picisan ni finally in media walaupun slot dia kecil je. Bagi Tasha, satu peningkatan yang baik apa. So, korang cepat-cepat dapatkan majalah Dara.Com keluaran November 2013 sebiji macam dekat atas ni cover dia. Sebab apa? Sebab ada banyak lagi blog menarik yang dicadangkan untuk korang lawat dan banyak sangat tips yang di kongsikan untuk menjadi panduan kearah blogger dan blog yang lebih menarik.


Nampak? Terserlah colourfulnya. So harini nak kongsi sikit artikel menarik dari Dara.Com. Sikit je lah ya. Kalau nak lebih-lebih, sila dapatkan segera!

Tips keselamatan Blog untuk Daralista (Benda yang boleh buat) :

* Tulis tentang perkara yang kamu minat sebagai contoh hobi, resipi dan percutian.
* Masukkan gambar yang menarik mengenai kandungan pos supaya orang lebih tertarik untuk baca.
* Pelajari cara memuat naik video ke dalam blog untuk memberi kelainan dalam blog.
* Tulis tentang sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca.

Ingat! Jangan tulis kandungan pos yang terlalu mendalam tentang maklumat peribadi. Bahaya!


Friday, September 13, 2013

Raya 2013


Hi and Assalamualaikum


Malam ini Tasha just nak throwback apa yang sempat Tasha rakamkan sempena Raya 2013. Raya tahun ni, ada kelainan sedikit dan tak macam tahun-tahun yang sudah. Tahun-tahun sebelum ni memang wajib sehari sebelum raya dah balik Muar sebab setiap pagi raya mesti beraya di Muar. Tahun ni, kami tukar angin sikit dengan beraya di Johor Bahru. Ya dah duduk rumah sendiri, jadinya nak lah raya pertama di rumah sendiri kan. Tanpa membuang masa, jom tengok gambar-gambar keluarga yang sempat kami rakam.




Hehe simple saja tahun ni. Semua decide dan sepakat nak tema oren. Jadi, mama ikutkan je. Sama juga seperti tahun-tahun sebelum, mama adalah tulang belakang yang bertungkus-lumus nak menempah dan menyiapkan baju-baju raya kami. Okay, busana raya perempuan seperti dalam gambar adalah dari Zura Collection. Kami memilih jubah moden dengan kombinasi kain lycra bercorak dan plain di mana di hujung kain, kami memilih bentuk kembang payung.Simple dan siap tudung. Haaa! Okay, busana lelaki pula kami tempah di Butik Omar Ali. Juga mengikut tema tetapi kali ini warna busana lelaki lebih terang berbanding perempuan. Sulaman pada lengan dan leher busana menampakkan busana lelaki lebih menarik.

Alhamdulillah raya sangat meriah. Rumah terbuka tak lupa untuk diadakan. Tahun ni rumah tak berapa terbuka sangat lah haha sebab kurang lebih 3 kali juga buat makan-makan. Tak panggil semua rakan dan jiran serentak. Jenuh juga nak melayan kalau panggil serentak kan. Kalau berminat nak tengok gambar-gambar rumah terbuka, raya dan sebagainya, Tasha sering kongsikan di laman Twitter, Facebook dan Instagram. Nak follow? Boleh tengok dekat side kiri blog ni ada ADD ME. Scroll ke bawah ya!


"Kata-kata yg lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yg kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"

Thursday, September 12, 2013

Day 1 : Trip to Padang

Assalamualaikum,

Wah terasa begitu lama tak menari-narikan jari atas papan menaip ni untuk menaip blog. Bukan begitu lama rasanya tetapi tersangat lah lama tak masukkan entri apa-apa.

Okay, berbalik pada tajuk entri. Ya, Tasha dan keluarga ada mengikuti trip ke Padang, Indonesia pada 27 Jun 2013 sebelum puasa. Tujuan kesana? Oh tak ada apa sangat. Bukan atas urusan penting atau apa. Tapi sekadar untuk berehat, bercuti bersama keluarga dan sambil menyelam minum air, belajar lah adat istiadat orang kan.

Flight kami bertolak dari Kuala Lumpur, jadi hari sebelum bertolak dah kena ada dekat KL. Pagi 27 Jun tu, kira-kira jam 4.30 pagi kami dah bertolak ke LCCT dengan mata mengantuk tersengguk-sengguk. Haha dalam  perjalanan tu, apa lagi tidur lah dalam teksi. Sampai saja dekat LCCT (kurang pasti jam berapa), terus check-in. Lepas dah check-in baggage apa semua, kami cari surau untuk tunaikan solat subuh dan kemudian bersarapan sekadar alas perut sambil menunggu flight lebih kurang jam 7.

Waktu Indonesia lambat 1 jam saja dari waktu Malaysia, jadi kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada jam 8 pagi waktu Indonesia. Turun saja flight dan dah check imigresen, kami bergegas mencari tandas. Tinjau-tinjau area menunggu bagasi kalau-kalau ada tandas, tapi hampa. Lepas dah dapat semua bagasi, terus keluar sebab nak cari tandas katakan, nasib baik ada. Itu pun kena tunggu giliran lah. Bukan apa, tandas cuma ada satu. Berbeza sekali dengan lapangan terbang di Malaysia, kerana di Malaysia tandas awam tersangat lah banyak. Kemudian, kami di sambut oleh tour guide Saffira Tour Indonesia yang memperkenalkan diri sebagai Pak Ucop, peramah sangat orangnya. Haruslah peramah kan nama pun tour guide haha.



Setelah semua penumpang mendapatkan tempat duduk di dalam Pariwisata (Pari bermaksud bas, wisata bermaksud perlancongan. Tak silap Tasha kan, itu bahasa minang. Maaf andai salah.), kami bertolak ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan, kami di beri kuih-muih sebagai alas perut sementara menunggu makan tengahari. Sepanjang perjalanan, kami turut di saji dengan cerita-cerita menarik dari Pak Ucop dan juga permandangan sawah padi yang menghijau di kiri dan kanan jalan yang cukup indah. Tak lupa juga, mata turut di jamu dengan pelbagai rekaan unik masjid. Dah tak payah risau pasal nak solat. Sangat banyak masjid okay! Haa satu lagi, yang buat kami tabik hormat kepada orang Padang ni kerana kesabaran mereka tersangatlah tinggi. Kenapa? Di tempat mereka, tak ada kesesakkan lalu lintas atau pencemaran bunyi hon. Mereka tak memandu dengan laju. Trafik di jalan raya mereka bergerak perlahan walaupun kenderaan boleh tahan banyak. Dari situ lah ternyata tahap kesabaran orang Padang ni tinggi.






Oleh kerana terpaku dengan permandangan indah yang disajikan sepanjang perjalan ke Bukit Tinggi, Tasha kurang pasti berapa lama masa perjalanan yang di ambil dari lapangan terbang ke Air Terjun Lembah Anai (Anai Valley Waterfall). Situasi dan keadaan di kawasan Air Terjun Lembah Anai lebih kurang kawasan Lata Iskandar, Cameron Highlands. Menurut cerita dari pemandu pelancong kami, kalau basuh muka dengan air terjun ni nanti muka boleh jadi macam bayi haaa lebih kurang macam tu lah. Sebab itu juga, semua di nasihatkan agar tidak mandi di air terjun ini. Betul atau tidak? Wallahualam. Tapi cuba-cuba juga untuk cuci muka, alahai sejuk dan segar airnya. MasyaAllah.




Setelah itu, kami dibawa ke Minangkabau Village untuk mendengar dan melihat sendiri sejarah-sejarah Padang serta rumah-rumah gadang. Akibat suka menangguh dan menulis entri separuh jalan dan kemudian save tanpa post, Tasha kurang pasti apa nama rumah kecil yang terletak di hadapan rumah gadang untuk disimpan beras. Maaf lah ya. Haa kalau nak tahu, rumah gadang ni penghuni dia sangat ramai tau. Satu pintu, satu keluarga. Kepantangan dia, kalau tetamu datang, tetamu mestilah duduk menghadap tingkap luar. Dan tiang yang ada dalam rumah gadang merupakan pembahagi kawasan rumah masing-masing. Nak tahu lebih lanjut dengan menarik, jom lah melawat Padang. Seronok!



Kemudian, kami singgah di Restoran Pak Datuk di Padang Panjang untuk menikmati juadah makan tengahari. Semestinya tak lain tak bukan, nasi Padang! Lauk yang di hidang sedikit-sedikit mengikut jenis seperti gambar di atas. Sambil menikmati makan tengahari, kami turut membuat pesanan air avocado yang asli. Di Padang, air avocado di panggil air apocat. Sangat sedap okay! Kalau pergi, memang wajib rasa dan yang pasti harga sangat berpatutan.



Habis saja makan tengahari walaupun dah petang sikit, kami di bawa berkunjung ke Pandai Sikek. Pandai Sikek ni perkampungan yang popular dengan seni ukir kayu dan tenun-menenun kain-kain dan songket. Apa lagi? Memang shopping sakan lah jawabnya. Ya, harus diakui bahawa percutian kali ni memang dipenuhi dengan shopping shopping dan shopping eh shopping lagi. Seterusnya, Pak Usop (pemandu pelancong kami) bawa kami ke tempat di mana kami boleh rasa kuih neraka. Haa di gelarnya kuih neraka padahal nama kuih tu adalah Bika Talago. Bika Talago ni macam rasa pisang. Kuih ni di bakar menggunakan arang, api atas dan bawah. Tengah-tengah baru kuih tu. Sedap ya Allah!




Okay. Sebelum kami sampai hotel di Bukit Tinggi, kami sempat berhenti makan malam pula. Kali ini kami makan betul-betul di Bukit Tinggi sebaris dengan hotel. Makanan masih sama, nasi Padang. Baiklah sampai di sini saja cerita Day 1 di Padang, Indonesia. InsyaAllah saya akan cari kelapangan untuk menceritakan kisah Day 2 pada entri akan datang. Bye!

Thursday, September 5, 2013

Resipi Kek Batik

Ehsan dari Pak Cik Google.


Assalamualaikum, 

harini dengan rasa ringan tulangnya kita sibuk duk buat research macam mana nak buat kek batik padahal dah lama tekak teringin nak makan. Kita ni memang anak bertuah sikit sebab dah teringin tu, suruh mama buatkan. Memikirkan mama asyik busy dengan urusan adik-adik, jadi kita kata apa salahnya kalau kita yang cuba. Hehe tangan ni setakat masak air, masak maggi, masak goreng-goreng boleh lah. Konon nak tengok skill tangan ni pandai ke tidak, search resipi kek batik.

Lepas dah search tu, tengok bahan-bahan semua senang dan sudah tersedia di dapur. Oh memang betul-betul kena tunjuk skill lah harini sebab macam tahu-tahu je barang dah ada kat dapur hehe. 

Bahan-bahan :
* 2 buku Buttercups
* 1 tin susu pekat
* 1 paket kecil Milo
* 2 penutup esen Vanilla
* 1 paket biskut Marie

Haa, mesti ada yang buat muka pelik tengok bahan-bahan kat atas ni sebab kebanyakkan blog yang share resipi, sukatan dia sama kan? Okay nak explain, resipi yang kita buat ni dah kita olah sedikit dan rasa dia hmmmm tetap sedap. Tak percaya? Cuba lah sendiri :)

Cara-cara :
1) Masukkan 2 buku Buttercups di dalam kuali/periuk yang telah diletakkan di atas dapur dan cairkan.
2) Sesudah cair, masukkan 1 tin susu pekat dan kacau.
3) Masukkan 1 paket kecil Milo dan kacau selaju mungkin. Fungsi kacau selaju mungkin ni sebab taknak bagi dia jadi berketul.
4) Masukkan 2 penutup esen Vanilla. Kenapa penutup? Sebab kita sukat esen Vanilla tu pakai penutup je tak payah sudu-sudu bagai haha
5) Dah siap tu, tutup api. Kemudian, masukkan adunan kedalam mangkuk sedikit demi sedikit di selang-selikan dengan susunan biskut Marie. Buat pengetahuan semua, Tasha tak patah-patahkan biskut Marie sebab nak nampakkan susunan biskut yang kemas semasa potong nanti. Psssst, kalau korang nak patahkan pun no problem.
6) Siap! Masukkan ke dalam peti beku untuk seketika dan siap untuk di makan. Selamat mencuba! 

Haa mudahkan? Apa kata, jom kita isi masa lapang dengan memasak! Lepas tu boleh lah share-share resipi lain kan :)

Monday, April 8, 2013

Custom Made Casing









Custom made casing yang Tasha jual available untuk certain Samsung, Iphone, Blackberry, Ipad, Ipod dan HTC. Apakah custom made? Haa meh sini nak cerita. Custom made ini bermakna anda boleh print gambar diri anda sendiri atau pun design sendiri corak untuk cover gadget anda. Nak tambah nama pun boleh tau! Jangan risau harga sangat reasonable :)

Jika berminat, boleh follow Instagram saya, nataschyaaameer atau emelkan ke nataschyaa@gmail.com. Kalau nak cepat, boleh whatsapp/viber di talian 0199675947



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...