Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Friday, September 13, 2013

Raya 2013


Hi and Assalamualaikum


Malam ini Tasha just nak throwback apa yang sempat Tasha rakamkan sempena Raya 2013. Raya tahun ni, ada kelainan sedikit dan tak macam tahun-tahun yang sudah. Tahun-tahun sebelum ni memang wajib sehari sebelum raya dah balik Muar sebab setiap pagi raya mesti beraya di Muar. Tahun ni, kami tukar angin sikit dengan beraya di Johor Bahru. Ya dah duduk rumah sendiri, jadinya nak lah raya pertama di rumah sendiri kan. Tanpa membuang masa, jom tengok gambar-gambar keluarga yang sempat kami rakam.




Hehe simple saja tahun ni. Semua decide dan sepakat nak tema oren. Jadi, mama ikutkan je. Sama juga seperti tahun-tahun sebelum, mama adalah tulang belakang yang bertungkus-lumus nak menempah dan menyiapkan baju-baju raya kami. Okay, busana raya perempuan seperti dalam gambar adalah dari Zura Collection. Kami memilih jubah moden dengan kombinasi kain lycra bercorak dan plain di mana di hujung kain, kami memilih bentuk kembang payung.Simple dan siap tudung. Haaa! Okay, busana lelaki pula kami tempah di Butik Omar Ali. Juga mengikut tema tetapi kali ini warna busana lelaki lebih terang berbanding perempuan. Sulaman pada lengan dan leher busana menampakkan busana lelaki lebih menarik.

Alhamdulillah raya sangat meriah. Rumah terbuka tak lupa untuk diadakan. Tahun ni rumah tak berapa terbuka sangat lah haha sebab kurang lebih 3 kali juga buat makan-makan. Tak panggil semua rakan dan jiran serentak. Jenuh juga nak melayan kalau panggil serentak kan. Kalau berminat nak tengok gambar-gambar rumah terbuka, raya dan sebagainya, Tasha sering kongsikan di laman Twitter, Facebook dan Instagram. Nak follow? Boleh tengok dekat side kiri blog ni ada ADD ME. Scroll ke bawah ya!


"Kata-kata yg lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yg kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...