Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Wednesday, April 22, 2015

Bencinta di Kuwait

Assalamualaikum...

Since every week dah start tengok Bencinta sebab cerita dia quite menarik plus kita memang layan drama melayu pun haha so every cerita melayu kira macam wajib layan. Plus, dalam cerita ni ada Fattah Amin ehem. Okay back to tujuan post, tetiba rasa nak post pasal kita ke Kuwait lepas tengok dalam cerita Bencinta ni ada scene dekat Kuwait. How I miss Kuwait!




Early this year, kita ke Kuwait jalan-jalan makan angin cuci mata. Kita ke Kuwait tak lama pun cuma 2 hari macam tu. Sampai Kuwait dalam tengahari macam tu selepas ada a bit problem dekat border. Well you know, but we managed to handle the problem alhamdulillah. Sesampai saja Kuwait, tanpa membuang masa terus ke Souk Al-Mubarakiya. Souk atau Souq berasal dari perkataan arab yang membawa maksud pasar atau bazaar. Dekat souk ni ada jual bermacam jenis pakaian, abaya, tudung, makanan, buah-buahan, dan pelbagai cenderamata. Kami ke souk kira-kira petang kot, sorry I don't really remember hihi. Rupa-rupanya tak semua kedai dekat souk tu dah buka. Masih ada lagi yang tutup. Well, souk kan meriahnya selepas asar hingga ke malam sahaja.>





So we decided to makan. Biasalah, Kuwait mestilah makanan arab kan. Kami order nasi mandy dan satay arab. Haha make senses what, actually tak ingat nama dia apa sebab uncle order tapi it tastes good makan dengan sayur dan labneh wrap with roti arab. Labneh ini yogurt tanpa lemak mentega dan di campur dengan sedikit olive oil. Please forgive me if I am wrong. Overall, makanan memang best dan mengenyangkan walaupun makan dekat souk. Thumbs up! Souk al Mubarakiya should be in your list to visit when you're visiting Kuwait!





Selepas makan, kami ke hotel untuk check in dan berehat sementara menunggu waktu maghrib masuk. Rehat-rehat kejap, lepas maghrib keluar balik. Kami ke The Avenues which is the largest mall in Kuwait. On the way kesana, kami menikmati permandangan malam Kuwait dengan penuh kenderaan atas jalan disebabkan malam minggu including Kuwait tower. Setelah beberapa kali pusing tempat parking, baru lah ada rezeki nak masuk parking sebab terlalu banyak kereta yang nak parking well like what I mentioned earlier, kami ke Kuwait waktu hujung minggu. The Avenues ni sangat besar so ada pelbagai brand dalam satu mall. Tak berpeluang nak menjelajah satu mall tapi takpe insyaAllah nanti kami datang balik. Jalan-jalan je malam tu tak shopping apa sangat cuma beli kek birthday uncle dekat The Cheese Cake Factory. Oh ya, for your information KD 1 lebih kurang RM 13 tunaaaaai hihi





Malam tu sebelum balik hotel dan berehat, kami ke sebuah restaurant untuk celebrate birthday uncle and again Tasha tak tahu location dan nama restaurant tu tapi yang penting masih lagi makanan arab. Sebenarnya, plan asal nak Oriental Cuisine tapi ronda punya ronda tak jumpa pulak. Mungkin sebab malam. Mungkin sebab GPS pun tak jumpa jalan. hihi So takpe tonight kitaorang makan je makanan arab. Esok baru mulakan pencarian Oriental Cuisine. However alhamdulillah for the delicious foods.





Keesokkan harinya merupakan last day in Kuwait sebab malam tu nak balik dah. It's okay, 3 hours journey je. So tak rasa penat sangat. After sarapan pagi dan check out, kami pun teruskan perjalanan kami ke Kuwait Tower. Nice view, nice tower, nice weather and nice sea. Nasib baik kami ke Kuwait waktu tu weather berangin dan tak berapa panas sebab masih winter kan. Sejuk cuma tak terlalu sejuk. Permandangan yang sangat cantik dan nyaman okay tambahan Kuwait tower ni sebelah laut. Haa you just imagined!





Lepas dah puas snap-snap dekat area Kuwait Tower tu, kami meneruskan misi pencarian Oriental Cuisine sebab katanya kat sana makanan Thailand sedap. Oleh kerana teringin nak makan makanan Thailand, sanggup lah jugak bersesat-sesat cari restaurant ni dan tunda perjalanan balik. Akhirnya, alhamdulillah pencarian membuahkan hasil. Makan puas-puas masakkan Thailand before balik. Siap ada dessert pulut durian, ya Allah nikmatnyaaaa. Sebelum balik, curi-curi masa jalan-jalan ke Souk Sharq dan jalan-jalan cari cenderamata dekat Souk al Mubarakiya semalam. After isya', dah solat apa semua get ready nak balik and back to reality. Alhamdulillah great experience in Kuwait eventho cuma 2 hari dan insyaAllah panjang umur murah rezeki will definitely come back. Amin.


Pssst, dengar khabar Kuwait turun salji lepas kitaorang balik. Wallahualam. Anyways, tetiba rajin bebenar nak menaip blog malam ni. Hihi







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...