Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Wednesday, January 20, 2010

"Cerita saya, pelajar tingkatan 3"

Salam!!


Hari ini Tasha nak cerita sikit tentang cikgu-cikgu yang mengajar pelajar tingkatan 3 Rajin nih..huhu..


Firstly nak cerita tentang guru kelas iaitu Puan Najwa Hanafi..Cikgu Najwa ni guru kelas merangkap guru matapelajaran Bahasa Melayu.. Dia nih tegas sangat..Kalu tak siap homework, alamat nye memang kena diri atas kerusi..Tapi dia tak setegas guru Sejarah kami ..Sal guru Sejarah, Tasha cerita last skali k? Cikgu Najwa ni ajar kami bulan ni je..sebab dia akan cuti bersalin..Tak taw la sape yang jaga kelas kami sepanjang dia cuti tu nanti..Cikgu Najwa ni jugak..bila dia bercakap kan..cara dia cam..emm...tak tahu lah nak cerita ...DUSH DUSH! huhu...Dan bila dia pandang orang, mesti korang ingat dia benci taw..huhu...ampun ya cikgu?


Secondly, nak cerita pasal guru mata pelajaran English iaitu Puan Noraini..OH TIDDAAKK!! Teacher ni kalau cakap Bahasa Inggeris macam orang Scotland..Sebutan dia...paham-paham la bagi sesiapa yang pernah dengar orang Scotland berkata-kata..haha..Tak tahu la kenapa sleng dia cam tu..maybe sebab dia tu study kat Scotland kot..huhu..Ketua kelas kami, Iqbal suka mengejek cara percakapan cikgu tu taw.. (Tak baik la kaw ni Iqbal) haha...lawak2!


Selepas itu, nak cerita pasal guru matapelajaran Mathematics iaitu Cik/Puan Norazlin..Tak pasti la status dia..Dia ajar memang boleh masuk otak la ..Best giler! Orang nya pon kiut sangat taw..hihik...:) Tak banyak komen la tentang cikgu ni..Just cikgu ni suka sangat suruh kami perah otak..tapi, kami x kesah! haha


Then, nak cerita pasal cikgu yang mengajar kami pelajar 3 R matapelajaran Science iaitu Puan Rusmina..Cikgu ni lemah lembut sangat..Dia mengajar pun slow and steady je taw..Suke sangat dengan cikgu...hihi..Sekarang masa nye untuk cerita tentang cikgu Geografi iaitu Puan Wan Norizan..Cikgu ni bila mengajar, kompom semua pelajar letak kepala atas meja..Yang tidur pun ade jugak..Kami tak taw ape yang die ajar..Pastu tetiba kami sedar-sedar dah masuk chapter 2...muncul la satu soalan lam ati.."Aik? Cikgu dah ajar ke chapter 1? atau aku yang tak belajar selama ni?" huhu...rupa2 nya semua budak fikir yang sama..Cikgu tu mengajar, tak faham ape2 pun yunk!


Sebelum cerita pasal cikgu Sejarah, Tasha nak cerita pasal cikgu yang mengajar matapelajaran Pendidikan Islam iaitu Ustazah Hidayati ..chumil taw ustazah tu..macam muka cina..ustazah ni ajar cool jee..then, last sekali ialah cikgu Sejarah iaitu Puan Hasniza ..cikgu ni garang sangat..kalu orang tak siapkan kerja dia..die akan pukul..dan kalu tak ikut atau buat ape yang dia nak dalam buku nota, habis lah buku nota tu kena koyak mase dia check..huhu


So, kesimpulan nya..Cam ane pun cikgu tu..kita kene terima seadanya...tol x?? hihi..:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...