Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Friday, March 25, 2011

Munafiqkah Aku ?

Assalamualaikum,
Salam Jumaat semua. Hehe, Tasha nak kongsi sikit tentang apa yang Tasha belajar dan baca. Haha, bila di ajar dan membaca tentang ni. Baru lah fikiran terbuka nak tahu sama ada kita ada ke tak ada empat sifat-sifat munafiq.


Apa itu MUNAFIQ ?
Munafiq adalah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah SWT.


Dan sebenarnya kan, munafiq ini ada ciri-ciri tersendiri.


Abdullah bin Amru RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang ada padanya empat sifat tersebut jadilah dia seorang yang benar-benar munafiq. Sesiapa yang ada satu daripadanya bererti dia ada satu sifat munafiq sehinggalah dia meninggalkannya:iaitu apabila bercakap dia berdusta, apabila diberi amanah dia khianati, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bertengkar dia melampaui batas.


'Apabila bertengkar dia melampaui batas' disini bermaksud,apabila seseorang bergaduh tentang benda yang kecil, dia membesar-besarkan pertengkaran yang berlaku. WHOAH ! Sungguh tak sangka kan, sedangkan benda tu nampak macam simple je tapi dia dah masuk dalam kategori munafiq kan. HAISH -,-"




Ya ALLAH, dengan rahmat-MU jauhkan lah aku dari sifat-sifat munafiq. AMIN :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...