Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Sunday, August 7, 2011

2 hari tanpa KAU...

Assalamualaikum...


Semalam merupakan hari yang paling Tasha nanti-nantikan. Hari untuk bermalas-malasan dekat rumah, hari untuk berkumpul satu family dan hari untuk meronda satu shopping mall. HEHE!




Oleh di sebabkan semua nak pergi jalan-jalan tawaf Pavillion, papa pun bawa walaupun Jalan Ampang jem! Habis satu mall tu kita orang tawaf. Gagah bertawaf tau walaupun puasa. HAHA! Mama ingat nak beli SEMBONIA. Tapi dia cakap, minggu lepas baru beli. Dah lah raya guna banyak duit. So, mama tangguh dulu. Then, mama nak belikan Haikal kasut. So masuk lah butik BATMAN. Jeles ni okay! PFFT! Anak lelaki sorang, semestinya lah dapat kan=,="


Lepas dah beli tu, Norisha pula minta kasut raya. Mentang-mentang lah dia sorang saja belum beli, mama pun cakap, pilih lah. Akhirnya dia jumpa satu heels ni. Lawa kot. Harga pun lawa! Yang part ni pun Tasha jeles sebab kasut yang Tasha dah beli tak semahal kasut yang dia bakal beli tu. Di sebabkan itu, Tasha pun minta juga. Actually minta-minta ayam saja. Tak sangka papa boleh cakap, kalau nak ambil saja. OHH! Sayang papa lah. HAHA! Adik beli colour coklat. So Tasha ambil lah colour hitam. Kasut yang sama okay! Lebih kurang macam kat bawah ni haaa!


 Amacam? Okay tak? HEHE! Ya ya, saya tahu. Ramai orang marah saya. Diaorang cakap,




"Awak tu dah tinggi. Tapi suka sangat pakai kasut tinggi. Tinggi sangat lah!"




Nak buat macam mana? Dah saya minat. Takpe kan tinggi dari orang lain. HAHA! Lepas dah bayar semua, tengok jam, dah pukul 6 suku! Oh, saya belum tunaikan ASAR. Kami pun bergegas ke surau yang berada di tingkat B2. Habis saja solat, terus pergi LAVENDER untuk beli kek hari jadi Sabrina. *Selamat hari jadi Sabrina sayang!* Papa cakap, cepat sikit, takut jem nanti. Karang mula lah tak sempat berbuka. Balik tu memang tak sempat lah nak masak semua. Just beli nasi kukus saja.






Lepas habis tarawih malam tadi, papa ajak makan dekat Saba'. Sebab kan kitaorang makan simple saja masa berbuka. So, makan lah satu pinggan Chicken Mandy sambil meng-online sebab dekat rumah, internet tak ada line. YUMMMY! Masa on the way balik kan, adik nak singgah Uptown. Konon nak beli baju AngryBird. Tapi tak beli punggg!


Suddenly dah pukul 12 tengahmalam, si budak kecik dengan mata ngantuk dia cakap




"Ma, nak makan roti tisu".kata si budak kecik!




PFFTT! Gedik kan. Tadi suruh makan bukan nak makan kat Saba'. Makan sikit saja! Okay, kitaorang tunggu dia makan dengan SABAR! HAHA! Dekat pukul 1 pagi macam tu baru lah sampai rumah. Baru lah nak tidur~




Alhamdulillah. Sepanjang puasa seminggu ni, tarawih Tasha belum pernah tinggal lagi. Dan Tasha dapat habis kan 1 juzu' lebih sepanjang Ramadhan ni. Terima kasih ya ALLAH

2 comments:

♥♥CiK LaLa's♥♥ said...

hye sweetie..
mlawat cni..:)
n nk mnjwb soklan..
kamo pegi ke link ni ye..hehe
http://prb999.pixnet.net/blog/post/7283083..
bhase korea kan??ehh xtau la..hahaha
nnt edit2 la..gode2 skit..hehe:)

Natasha Amer said...

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...