Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Friday, February 24, 2012

Transformasi i

Assalamualaikum readers,




Long time no update. Haha sebab? I'm a senior this year. So schedule penuh dengan tuisyen, tuisyen and tuisyen. OMG! haha, tapi apa pun saya bersyukur sebab ada rezeki nak tuisyen sebab ramai lagi yang tak berkemampuan kan.

Okay nak cerita ni. Semalam (Khamis) ada motivator datang sekolah kitaorang tau. Dia nak bagi penerangan tentang 'Transformasi i' ni. Mula-mula memang nak tak nak lah dengar. Lama-lama sendiri syok dengar motivator tu motivate kitaorang yang serba kekurangan.

In my opinion, motivation tu bagus lah dan harus di adakan lagi lagi dan lagi supaya timbul sedikit kesedaran dalam diri individu. Like seriously, motivation tu meninggalkan sedikit impak positif dalam diri saya. See, pengakuan. Thanks to Abang Alang, Ukti, Bonda, Abang Bazli and Abang Fadhil sebab sudi datang.

Abang Alang ada cakap, orang lain boleh tolong suruh kita berubah tapi keputusan ada dekat tangan kita sendiri. Keputusan tu antara NAK dengan TAK NAK. Sekuat mana pun orang sekeliling cuba untuk tolak kita kearah kejayaan, tapi kalau kita TAKNAK tetap tak boleh berjaya. Pokok pangkal, HATI.

Beliau pun ada bagitahu yang kita selalu bagi makan diri kita. Tapi kita selalu lupa nak bagi hati/iman kita makan. Berzikir berdoa dan sebagainya, tu lah makanan hati/iman yang betul. Kita selalu lupa segala apa yang kita ada ni pinjaman dari Allah. Kadang-kadang dalam sehari, tak sekali seseorang tu ucap kalimah cinta dan terima kasih pada Allah atas segala nikmat yang di kurniakan. Dia cakap, ungkapan paling berharga dalam dunia ni ialah TERIMA KASIH dan MAAF. Jarang dan susah sangat manusia nak sebut. Dia ajar supaya kitaorang hari-hari ucap 'Alhamdulillah, Terima Kasih ya Allah, I love You Allah'. Kalau ada orang puji, ucap terima kasih tapi cakap dengan dia segala puji hanya bagi Allah. Dia pun ada nasihat yang rajin-rajin beri salam dengan orang sebab setiap kali kita beri salam, orang yang jawab tu seolah-olah mendoakan kita. Lepas tu, dia pun ada cakap selalu ucap terima kasih dan minta maaf dengan orang sekeliling.

Nak tahu tak, part paling tak boleh tahan. Ya Allah, part touching-touching lah. Dia suruh kitaorang pejam mata, lepas tu dia cerita satu situasi sampai kitaorang lelaki perempuan keluarkan air mata. Sebak tak terkata wooo. Korang kena lalui sendiri, then baru korang boleh judge. Pasal nama pun ada jugak. Dia cakap kalau boleh, tulis nama kat buku tu bin/binti bapa dan ibu. Bila lagi orang nak kenal ibu kita kan? Hihi.


Konklusinya, korang kena join kalau nak rasa sendiri keseronokan yang tak tergambar dengan kata-kata ni. Lepas dah rasa, baru lah boleh judge berapa bintang. Then rasa ada tak meninggalkan impak positif dalam diri korang. InsyaAllah boleh berjaya dengan sekelumit kesedaran dalam diri. Tapi yang penting, diri sendiri lah kena ada kesedaran nak berubah. Kalau tak nak berubah juga, tak boleh nak buat apa kan.




Dah cukup panjang rasanya untuk tebus sebab lama tak update (:


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...