Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Thursday, April 19, 2012

Nubhan's 26th

Assalamualaikum

Lama betul tak menulis untuk entry blog. But it's okay. Malam ni nak curi sedikit masa untuk menaip juga semata-mata nak kongsi dengan pembaca. Walaupun esok sekolah, haa tengok pengorbanan demi pembaca. Ceh macam ada kan?

Baiklah, mari kita mulakan! Pada Khamis yang lepas bersamaan 12 April 2012, Tasha actually ada lawatan ke Petrosains. Agak seronok. Tiba-tiba masa makan tengahari, Tasha dapat mesej dari seorang kawan yang bernama Syra. Syra ajak Tasha pergi sambutan majlis hari lahir Nubhan AF 6. Tasha sendiri tak sure boleh pergi ke tak masa tu sebab nak kena minta izin parents dulu. Lepas dapat je kelulusan, hati se-excited mungkin.

Maka, berlangsunglah Majlis Sambutan Hari Lahir Nubhan AF 6 bersama Nubies (Nubhan FanClub) dan anak-anak yatim Rumah Bakti Ulu Klang pada hari Ahad lepas. Menurut penganjur, majlis biasanya di adakan di hotel. Tahun ni nak buat kelainan, so nak sambut birthday dengan anak yatim sebab Nubhan sangat rapat dengan mereka.

Dalam banyak-banyak acara, Tasha paling malu bila terkenangkan aktiviti Kotak Beracun. Haha masa lagu di mainkan, Tasha tak ambil port pun nak tunggu kotak beracun tu sampai. So buat tak tahu je lah. Tiba-tiba orang cuit, bagi kotak tu. Ya Allah cuak betul. Masa nak pass dekat orang lain, lagu pun berhenti. So terpaksa lah keluar. Tasha pilih sampul warna oren yang bertulis ...


Anda dikehendaki menyanyikan lagu "Happy Birthday to You Nubhan" dalam lima irama berbeza.


Haaa, something like that lah arahan dia. Tasha dah macam, 'alamak! Macam mana nak buat ni?'. At last, Tasha nyanyi macam biasa je. I sang birthday song for him alone through the microfone. Alone kay, alone. Haha whatever. Oklah, kalau nak tengok gambar event, boleh play videophoto di atas. Selamat menonton!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...