Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Friday, June 15, 2012

Busy Year Ever!





Assalamualaikum readers,

Rasanya tahun ni lah tahun yang paling sibuk sekali. Mana taknya, dengan kerja khusus akaunnya, dengan nak SPM nya dan dengan macam-macam aktiviti dekat sekolah ya Allah. Dugaan juga tu bila dah ada aktiviti lain dekat sekolah, maka jadual PNP akan terganggu. Jadi kenalah ada inisiatif sendiri untuk ulangkaji sebelum terlambat. InsyaAllah masih ada sedikit masa lagi untuk mengulangkaji apa yang patut. Dan kena percaya dengan rezeki yang Allah bagi. InsyaAllah semua nya okay. Tasha tak suka nak gelabah-gelabah, apa pun relaks je lah. Tabah hadapi ujian ye dak. Haha

Kadang-kadang perlu juga tenangkan fikiran dengan buat aktiviti luar seperti keluar dengan family atau kawan. Tak semestinya SPM, kita kena berkurung dalam rumah hadap buku je kan. Boleh dapat tekanan kalau duduk rumah hadap buku 24 jam sebab kita bukan robot ya! Haha. Walaupun relaks, sedikit sebanyak perasaan takut tu masih menguasai diri. Rasa macam hurrm emm... Haa tak boleh nak cakap sebab masa depan kot. 

Tasha banyak menghadiri kelas-kelas tambahan yang di anjurkan oleh pusat tusyen. Alhamdulillah rasanya tak salah pilih Ilmu Studio. Sir Ven banyak membantu. Begitu juga dengan cikgu-cikgu lain. InsyaAllah kalau ada usaha sendiri dan dengan bantuan Allah dan orang sekeliling, kita boleh berjaya. Yakin dan percaya pada diri tu penting. Petang ni pun ada Qiamulail dan Tasha ambil bahagian. Minta bantuan Allah, jaga hubungan dengan Dia, insyaAllah berjaya dunia akhirat. Baiklah, nak sambung kerja khusus akaun sebab nak hantar Isnin ni. Banyak pula event Isnin ni, termasuklah majlis perletakkan jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber sekolah. Nantikan post seterusnya walaupun Tasha jarang update :)

UPSR, ambil masa 6 tahun untuk belajar. PMR, ambil masa 3 tahun untuk belajar. SPM yang susah, ambil masa 2 tahun untuk belajar. Nampak tak permainan dia?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...