Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Tuesday, August 28, 2012

Lebaran

Wah gittew perasan model. Haha Takpelah kan sekali sekala. Bukan ada orang kesah pun kita nak pose ala model ke apa. Hihi. okay perasan perasan! Untuk pengetahuan, ni gambar masa Tasha buat open house di rumah Johor. Tahun depan insyaAllah buat lagi :) Haa Selamat hari raya semua. Maaf Zahir dan batin. Harini, Tasha luangkan masa nak share sikit cerita tentang persiapan sebelum lebaran dan cerita lebaran Tasha tahun ni.

Pagi raya, macam raya sebelum-sebelumnya Tasha memang rai raya pertama di sebelah keluarga papa di Muar, Johor. Lepas pagi raya barulah Tasha dan keluarga akan bergerak pulang ke Johor Bahru beraya di sebelah keluarga mama. Almaklum ada dua kampung. Haha tak seronok sebenarnya ada dua kampung. Tahun ni, preparation biasa-biasa saja. Tak ada lah havoc sangat ke apa. Simple, yang penting cantik dan saya suka! Tema tahun ni pink macam gambar dekat bawah ni. Alhamdulillah :)


Amacam? Okay tak? Haha, saya suka sebab tahun ni sangat sedondon. Bukan maksud Tasha tahun lepas-lepas tak sedondon, tapi tahun ni colour sangat sama sebab tempah kan. Baju lagi satu yang photo pose ala-ala dekat atas sekali tu, yang tu mama beli kain dekat Vietnam. So tempah dekat designer family kami. Suka tempah dekat dia sebab selesa sangat jahitan dia dan dia tahu apa kita nak. Itu penting!



Yang ni pulak kasut raya Tasha. Simple je. Kasut dari Charles & Keith. Actually kasut ni Tasha dah beli before puasa. Masa jalan-jalan dekat Pavillion, ternampak pulak kasut ni. Dan TERberkenan. Hihi so apa lagi, terus grab. Masa bulan puasa, tengok lagi. Naaah! Dah tak ada stok kasut ni. Nasib baik dah grab before tu.




Ini gambar dengan adik kedua yang bakal duduk PMR tahun ni. Dia ni rajin sikit, tak macam Tasha masa zaman PMR dahulu kala. Ceh! Okay haritu masa balik raya seminggu di JB, Tasha sempat buat open house untuk orang terdekat macam jiran, kawan lama mama dan papa serta saudara mara sebelah mama dan papa. Memang agak meriah lah walaupun tak berapa ramai. 


Menu open house ringkas tapi sangat melazatkan. Entah ada gambar ke tidak malas nak check file. Hihi antara juadah yang di sediakan ialah satay, nasi lemak sambal, nasi impit dengan kuah kacang, mee rebus, tart blueberry cheese dan kuih raya. Alhamdulillah makanan habis licin walaupun hanya jemput kenalan terdekat sahaja. Dekat bawah ini pulak, gambar-gambar kita yang perasan. Kbye! Haha






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...