Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Saturday, December 8, 2012

HOT FM Buka Bonet!

Assalamualaikum,


Hari ini memang Tasha dah plan nak attend event Buka Bonet anjuran HOT FM. Haa dekat mana? Alah dekat saja dengan rumah. Mana lagi kalau bukan AEON AU2, Setiawangsa. HOT FM anjurkan event ini untuk mengumpul dana bagi yayasan anak yatim Kuala Lumpur lebih kurang macam itu. Ada juga tabung dana untuk membantu Palestin. Antara artis-artis yang terlibat termasuklah penyampai-penyampai HOT FM seperti Sharifah Aleya, AG, Kieran, Ikhwan, Fara Fauzana, Chad dan ramai lagi. Selain itu, ada juga artis lain yang terlibat, antaranya Fizo Omar, Enot, Didie Alias, Kumpulan Forteen dan ramai lagi. Artis-artis tersebut melelong barangan kesayangan mereka seperti pakaian dan kasut demi mengumpul dana. Jom tengok antara gambar artis yang terlibat :)

Bersama Chad, penyampai radio HOT FM yang sangat peramah!

Bersama Melaka Boy, pengurus kepada artis cilik Miasara Nasuha :)

 Bersama Fizo Omar yang kacak bergaya. Kesian dia berpeluh-peluh di kelilingi peminat.

Bersama Alyah. Serious stylo and down to earth. Cantik okay!

Tandatangan Izzue Islam di belakang phone saya :)

Bersama penyampai HOT FM yang kacak wuuu, AG :)

Ehem. Nothing much can say. Satu dari ahli Forteen, Izzue Islam. Comel dan kacak pelakon Mimpi Cinderella ni.

Kumpulan Forteen ada buat persembahan. Mereka menyanyikan 2 buah lagu berjudul Berdua Bersatu dan Seperti Dulu. Tapi Tasha sempat rakam Berdua Bersatu sahaja. Nanti Tasha dah upload, Tasha share ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...