Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Thursday, December 13, 2012

Tazkirah Jumaat: 17 DOSA BESAR

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

JAUHI 17 DOSA BESAR

Para Ulama berselisih pandangan mengenai apakah yang dikatakan dosa besar. Malah ada yang berpendapat semua dosa tingkatannya sama saja, jadi tidak ada dosa besar atau dosa kecil. Semua penentangan terhadap perintah Allah dan laranganNya dikira sebagai dosa besar, kata mereka. Bagaimanapun pendapat tersebut adalah lemah kerana Allah SWT ada berfirman dalam Surah An-Nisa: Ayat 31 dan Surah An-Najm: Ayat 32. Abu Talib al-Makki menyenaraikan 17 dosa-dosa besar berdasarkan penyelidikannnya daripada pelbagai hadis dan atsar. Hendaklah kita menjauhi dosa-dosa ini:

4 dosa besar berkaitan hati:
-         Syirik kepada Allah SWT
-         Berterusan dalam melakukan maksiat
-         Putus asa daripada rahmat Allah SWT
-         Rasa aman atau tidak takut daripada balasanNya.

4 dosa besar berkaitan lidah:
-         Menjadi saksi bohong
-         Menuduh orang berzina
-         Mengamalkan sihir
-         Bersumpah palsu – sumpah membenarkan yang batil dan menyalahkan yang benar.

3 dosa besar berkaitan perut:
-         Minum arak atau segala yang memabukkan
-         Makan harta anak yatim dengan menginayanya
-         Makan riba

2 dosa besar berkaitan kemaluan:
-         Zina
-         Liwat

2 dosa besar berkaitan tangan:
-         Membunuh
-         Mencuri

1 dosa besar berkaitan kaki:
-         Lari dari peperangan

1 dosa besar berkaitan seluruh anggota tubuh:
-         Menderhaka kepada kedua-dua ibu-bapa.

Sama-sama kita sentiasa memohon kepada Allah SWT agar dijauhi dalam melakukan perkara2 diatas. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


On Behalf Of:
Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP), Miri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...