Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Wednesday, August 12, 2015

Raya 2015


Assalamualaikum,







 Lebaran dah pun nak melabuhkan tirainya. Tapi sebelum tu Tasha rasa sempat lagi kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua andai ada salah dan silap yang di sengajakan ataupun tidak.


Raya tahun ini seperti kebiasaan sehari sebelum raya akan berada di kampung papa di Muar. Kemudian, pagi raya baru ke rumah sebelah mama di Johor Bahru. Seminggu sebelum raya dah naik flight balik ke Malaysia. Tak ada persiapan yang beria sangat. Baju raya simple je dah siap tempah awal bulan April tempoh hari. Kuih raya pula beli 2 hingga 3 jenis sahaja. Yang lain semua chocolates, dates, nuts dan orang datang rumah baru masak sikit-sikit.




Raya pertama, selepas makan-makan dan bermaafan di rumah keluarga sebelah papa, kami sekeluarga ke rumah datuk saudara Tasha berhampiran dengan rumah nenek. Quite meriah sebab ramai-ramai berkumpulkan. Well juadah yang di sediakan macam biasa ayam masak merah, ketupat, ayam masak kicap, rendang, lodeh dan sebagainya. Pada belah petang pula, kami bertolak ke rumah keluarga sebelah mama di Johor Bahru dan akan berada di sana sampai lewat malam sebelum pulang ke rumah kami sendiri.




Outfit of the day raya kedua lah konon ni haha serious tak ada baju sampai 2 hingga 3 pasang raya ni. So kita recycle baju yang ada dengan tudung satin baru beli before raya ni haha. Kasut pun dari The Calaman, cantik kan kasut tu? Comel colour dia, sebab tu suka. Plus, memang selesa. Okay raya kedua bersama makcik dan sepupu ke rumah datuk saudara sebelah mama dari selepas zohor sampai lah malam. Kalau dulu best sebab jalan boleh kumpul duit raya. Sekarang no more duit raya tapi ada soalan cepu emas lain haha.



Raya ketiga, we go for black theme. Kami perempuan pakai abaya lah senang cerita since tu uniform dekat Saudi hihi. Hari ketiga kami dah start go to few open houses. Serious best this part sebab makan-makan kaaaan. Dengan kambing golek bagai. Oh ya this year kami tak ada peluang untuk buat open house macam tahun-tahun yang lepas sebab serious tak cukup masa. Sedar-sedar dah times up! Nak kena balik Saudi dah. But it's okay sebab we received quite ramai tetamu and kami masak spaghetti bolognese and soto nasi. In sha Allah next year, doa panjang umur murah rezeki.


Raya keempat dah start spend time dengan family for our getaway to Grand Lexis Port Dickson. In shaa Allah entry Grand Lexis Port Dickson akan menyusul since mood berblogging ada ni haha bukan senang. Dulu bukan main rajin. Sekarang malas menjadi-jadi. Haha apalah nak jadi. Okay till next post!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...