Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Sunday, July 17, 2016

SHRMZB


 Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin walaupun dah 12 Syawal harini. Raya tahun ni preparation semuanya last minute. Dari baju raya sampai ke kuih raya. Walaupun last minute, Alhamdulillah we did it! Kuih raya pun kami buat sendiri tau! Persiapan rumah tak ada apa yang baru macam orang lain ada yang beli sofa baru, langsir baru dan sebagainya tapi kami pakai apa yang ada.


Ini baju raya yang di tempah. First time tempah kat tailor tu. So kita ikut apa yang dia suggest. Baju raya pertama Tasha dia buat baju kurung Kedah tapi version di moden kan. Simple sahaja tak adalah berlabuci bagai haha semua sedondon colour royal blue.


Raya kedua rumah kami di kunjungi rakan sekolah papa. So tak kemana cuma memasak dan melayan tetamu. Tapi tak bermaksud tak pergi beraya okay, Tetamu balik je, kami apa lagi terus bersiap sebab nak ke rumah saudara pakcik. Baju yang Tasha pakai macam gambar kat atas ni dah di tempah dan di beli 2-3 tahun yang lepas. Alhamdulillah masih muat hahaha first time pakai ni tau!


Raya pertama di rumah sendiri. Lepas solat raya bersama Sultan Johor di Masjid Bandar Dato Onn, barulah kami balik ke rumah atuk di Plentong. Pada belah petang, baru ke rumah sebelah papa di Muar. Haa yang kat atas ni pulak gambar di rumah adik mama which is pakcik saudara kami. Raya ketiga, kitorang ada family gathering. Seronok dan meriah sangat sebab ada BBQ dan cabutan bertuah. Bila dah berkumpul tu of course lah seronok. Ketawa macam tak ingat dunia hahaha


Raya tahun ni meriah, bukan tak meriah tapi tak sepuas dan seseronok 20 tahun yang sebelum-sebelum ni. Tahun ni kan dah futher studies. So masa cuti raya tu tak lama cuma seminggu. Jadi raya ke 5 dah kena balik hostel. Ikutkan hati memang sedih teramat. Nak buat macam mana? Nasib menjadi seorang student. Bersyukur at least balik. Kalau nak di bandingkan dengan kawan-kawan yang futher di overseas. Ada yang 2 tahun belum tentu sekali balik kan. Alhamdulillah atas nikmat ni. Takpe, 2 tahun je lagi nak tempuh. Harap-harap hati ni sado hahaha In shaa Allah!









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...