Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Tuesday, August 23, 2011

Menghitung hari...

Salam,


Lama sudah tidak ber-update blog ni. Banyak sangat benda penting yang terjadi. So, sangat tak ada kelapangan nak menulis. Entah bila lah dapat taip panjang lepas tulis isi hati dan se-angkatan dengan nya kan? Kalau nak tulis tak puas hati ke, marah ke, sedih ke, gembira ke, Tasha dah ada madu untuk blog ni. Dia ialah twitter. Senang kan nak update. Bukak phone je dah boleh update berjela. Kalau blog ni macam makan masa sikit. Kalau dulu boleh lah nak menaip je setiap hari sebab tak ada kerja yang lebih penting. Makin nak SPM, makin busy. Sibuk dengan tu, sibuk dengan ni. HIKHIK =D




Wahai awak awak sekalian, minggu lepas sekolah saya buat ujian 2 untuk semua budak tingkatan 4 tau! Memang tersangat lah senang soalannya sampai nak menangis guling-guling rasa. PFFT! Mahu tak pecah kepala hotak ni? Dengan puasanya lagi. Haha, alasan semata-mata. Haha. Entah lah result cemana. Kita dah usaha, tinggal tawakal je. HEHE




Dan untuk pengetahuan awak awak semua, minggu lepas jugak masa sehari selepas ujian saya mengalami demam. OHH! Memang tak lah kan, dah lah puasa. Ok, alasan lagi! Sebetulnya sebelum saya dapat virus demam tu, saya memang dah sakit tekak bagai. Now pun still coughing yang agak teruk. Memang tak selesa gila, SUMPAH! Nasib baik hari Ahad tu saya dah beransur pulih. ALHAMDULILLAH!~






Macam mana dengan persiapan raya awak awak semua? Saya punya persiapan raya, alhamdulillah lengkap segalanya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Baju raya je 5 pasang. Kasut 2 pasang. Tapi satu sudah di rembat oleh mama. KIHKIH. Tudung 5 pasang jugak. Dapat lah sebentuk cincin untuk raya. Handbag 2 pasang. Amboi! Memang raya sakan sebenarnya. Sebab tahun depan, adik beradik semua nya amik exam. Jadi, sememangnya kami akan raya bersama buku. Seronok kan? Haha,




Okay lah, nak siapkan juadah Iftar ni. Nanti tulis lagi ya! Salam~

2 comments:

Hanim Irsyad said...

gud lux spm naty dear :)


http://irsyanim.blogspot.com/2011/08/editing-header-for-natasya.html

Nαtαshα Amer © said...

Next year kak :)
Saya kejar topik tahun ni untuk tahun depan. BTW, thanks
Doa yang terbaik ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...