Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Tuesday, October 4, 2011

Really enjoy the day!

Assalamualaikum,






Wah! Lama sungguh tak update blog. Ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki. Hee~ Sila salahkan mood blogging yang sekian lama tak muncul okay! Semuanya akibat tiada mood blogging. Al maklumlah sekarang kita tengah busy dengan madu blog, TWITTER. Haha,

Okay-okay. Sudah lah merepek. Mari kita ke tajuk utama. ECEH! Siapakah yang make my day sehingga I really enjoy it? Jeng jeng jeng. Mereka adalah my SUPERB GEDIKS! Kita orang gembira bersama, berkongsi duka bersama, makan bersama, even kitaorang kongsi bantal bersama tau tadi. That's why I love them so much :D But so sorry, can't share their pictures here sebab kitaorang tak bertudung. Segan meh! HEHE






Actually, kitaorang ada discussion mengenai kerja account yang tidak siap lagi. Entah bila lah nak siap saya sendiri tak tahu. Al maklum lah cikgu account saya AGAK cerewet. Macam account jugak lah. Cerewet bebenar. Pantang silap sikit.  Oleh yang demikian, kami sebagai pelajar yang BAIK perlulah buat dengan sangat teliti supaya tak kena kritikan pedas ya ahmad albab.

Tapi, kita orang bukan lah lurus sangat sampai tekun buat je. Ada lah jugak sesi baring-baring, bual-bual, gelak-gelak. GOSIP harus okay! Haha, Si makhluk Allah sorang ni sibuk duduk bercerita pasal novel cintun yang dia baru baca. Okay, kami dengan dengan penuh khusyuk. Dia pun bercerita bagai nak rak. Haha~ Kadang-kadang rasa nak gelak sebab dia cerita penuh emosi sampai terbatuk tak cukup nafas dan kering tekak punya pasal.






Dah penat mengilai macam hantu, kitaorang pun order McD. Dan oleh di sebabkan kawan saya semua nya pokai kredit. Handphone ku jadi mangsa. Tapi takpelah. Ku relaa~ Haha, Yang paling kelakar, guna nombor handphone orang lagi, yang tukang order orang lain dan yang pastinya alamat rumah pulak orang lain. Hebat! Punyalah jakun masing-masing, semuanya terkejut bila orang tu cakap harga order kami RM 115. Dan adalah sorang makhluk Tuhan paling pandai pergi tanya apesal mahal sangat. Sangat tak logik. Dah makan berlapan. Haruslah harga begitu kak!

Dengan perut yang lapar, kitaorang terpaksa tunggu sampai hampir 2 jam. Kemain lambat nak tunggu. Macam famous pulak abg delivery man tu. Hadoi! sambil menunggu tu, berborak sana- berborak sini. Tak tentu hala. Bukan reti nak sambung discussion tu. Semuanya mulut murai kan. Ada je benda nak borak. Suddenly abang delivery tu call cakap dia lambat sikit sebab hujan lebat. Amboi! Dah menyirap sikit. Lambat kott. Takkan tak ada baju hujan. Sungguh tak logik. Kawan saya yang sorang ni mula dah bengang sambil call balik orang tu tanya cemana kalau aiskrim cair.

Dah dekat 2 jam barulah abang delivery yang kita orang gelar Armstrong datang dengan membawa beg plastik McD. Dah tu, buat muka tak tahu pulak tu. Nasib baik dia ada cakap minta maaf sebab lambat delivery. Lepas makan, baru lah ada semangat nak buat account. Itu pun ramai yang dah mengantuk. Heee~ Really enjoy the day :)


Maaf ending tak best sebab tengah Skype, so tak dapat nak fokus :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...