Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Wednesday, November 2, 2011

Sudut Bacaan :: Cinta Untukmu


JUDUL : Cinta Untukmu
 PENULIS : Siti Nur Dhuha

 SINOPSIS : Novel ini mengisahkan mengenai empat orang remaja lepasan SPM yang sama-sama ingin mencari pekerjaan di bandar Kuala Lumpur. Mereka terdiri dari Syahiman, Tiara, Haizul dan Fazira. Syahiman dan Tiara merupakan remaja yang kurang mempunyai rupa manakala Haizul dan Fazira masing-masing sama segak dan sama cantik. Syahiman dah Tiara di besarkan dengan penuh gurau senda. Pada Syahiman, tidak sah bagi nya jika dalam sehari, dia tidak mengenakan Tiara. Keletah Tiara sering mencuit hatinya. Begitu juga pada Tiara. Tiada seri dalam hidup Tiara tanpa Syahiman. Tiara sangat sayang akan kawan-kawannya. Cuka sanggup di telan demi mereka. Dalam diam, Syahiman menaruh hati pada Fazira yang mempunyai kecantikan yang sering membuat dia terpukau manakala Tiara pula sudah jatuh hati pada Haizul yang sangat tampan di matanya. Malangnya, wanita berusia bernama Jenab suka akan Syahiman. Kemana sahaja Syahiman pergi, di situ juga Jenab akan berada. Suatu hari, Syahiman meluahkan perasaan cintanya terhadap Fazira. Fazira menerima luahan hati Syahiman walaupun sebenarnya dia tidak suka akan Syahiman. Dia hanya ingin mempermainkan perasaan lelaki itu. Pada suatu hari, Fazira telah menghina Syahiman dengan menyatakan bahawa Syahiman seorang yang sangat hina. Menurutnya, Syahiman tidak layak berdampingan dengan Fazira yang di anggap sempurna itu. Syahiman berkecil hati lalu mengambil keputusan untuk meninggalkan tiga sahabat itu. Di sebabkan itu juga, Haizul dan Tiara mengambil keputusan untuk meninggalkan Fazira yang tidak mengenal erti sebuah persahabatan akibat di kaburi oleh perasaan cinta. Apakah kesudahan cerita ini? Apakah yang akan berlaku kepada Syahiman? Adakah Fazira dapat memiliki hati si jejaka pujaan, Haizul? Siapakah akan merana? Seribu satu soalan akan terjawap dalam novel Cinta Untukmu karya Siti Nur Dhuha :)

Dendam hanya memakan diri sendiri. Persahabatan adalah segala-galanya. Cinta itu buta !

3 comments:

Husna AOmar said...

cerita psl budak lepasan pmr takde ke?
haha

eh, mcm interesting je novel ni!
;)

Natasha Amer said...

Eceh. Haha, yup yup, akak kan letak novel interesting je. Kihkih ^^
Budak lepasan PMR yaa? Erm, rasanya ada. Novel form 4 nanti awak jumpa lah ya dik :)

Anonymous said...

best sgat9 citer niyh ! <3 <3 <3 ending citer niyh sedyh sngat9 ! :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...