Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Thursday, March 15, 2012

Holidays

Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya belum terlambat untuk Tasha ucapkan Selamat Bercuti Sekolah untuk semua. Walaupun hanya tinggal 3 hari sisa cuti, harap semuanya di isi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Cuti sekolah seminggu ni semua buat apa je? Melancong? Atau duduk rumah saja?


Cuti sekolah ni Tasha ada  lah jugak online. Alah edit blog. Konon nak bagi lagi cun padahal sama je tak ada perbezaan. Entah mana silap nya sewaktu edit tu, terosakkan sikit pada TITTLE POST. Nampak tak tittle post saya tak se-cun dahulu? Ya, saya tahu. Sekarang masih dalam usaha google tutorial untuk baiki. If ada yang baik hati, tolong lah offer diri untuk beri bantuan ya? Di sebab kan masa yang terhad, tak dapat lah sepenuh masa meng-google je untuk betulkan benda remeh sebab banyak lagi benda penting yang kena uruskan kan.


Sila abaikan gambar di atas. Hihi, Perkara apa yang lebih penting tu? Perkara tersebut ialah saya kena menghadiri seminar. Jadual seminar saya sangat padat. Seminar bermula dari jam 8 pagi- 7 malam. Sesungguhnya penat jangan tanya lah. Balik rumah, mandi terus pengsan. Sampai Jumaat. Demi SPM, ku gagahkan diriku jua. Haaa jangan main-main. Semangat kental nak SPM ni. Apa pun, tolong doakan saya ya? Orang yang mendoakan kebaikan orang lain, akan mendapat kebaikan yang berganda walaupun saya tak mampu balas jasa korang yang mendoakan.



Kucing kat atas ni kucing yang selalu berkeliaran depan rumah. Kalau dia lapar, dia akan datang minta makanan. Comel sangat :3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...