Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Saturday, March 24, 2012

Ya Allah, dia sakit!

Assalamualaikum readers,


Minggu ni actually minggu yang amat memenatkan. Terpaksa berulang-alik ke hospital. Sampai nak pergi sekolah pun susah. Even tuition pun banyak ponteng. Sebab kemudahan kereta ada satu je. Tambahan pulak, tak ada orang hantar. Papa kerja, mama pulak shift pagi jaga orang sakit. Nak tahu siapa yang sakit?








Ya, adik saya sakit sampai kena admitted dekat Hospital Ampang Puteri Isnin lalu. Dia mengalami demam yang sangat panas. Menggigil sampai bergoyang katil. Bayangkan. Takut tengok dia macam tu. Jadi, mama dan papa ambil keputusan untuk hantar dia dan di rawat di hospital tersebut. Menurut Doktor Kumari, dia mengalami demam yang amat panas sehingga lebih dari 40 darjah celcius. Dia juga mengalami sel darah putih yang berlebihan. Setiap masa air berbotol-botol masuk dalam badan. Kesian tengok dia masa hari mula-mula masuk hospital.


Tapi Alhamdulillah dia sembuh juga dan dapat keluar dari wad pada Jumaat yang lalu. Terima kasih kepada nurse-nurse dan doktor yang merawat dia. Adalah sehari saya ponteng sekolah sebab jaga dia. Haih sabar je lah. Banyak kerenah. Dan kenangan paling tak dapat lupa masa saya nak ambil air panas dari nurse, dia panggil saya PUAN. Okaay buat derk je. Hihi


Konklusinya, nurse dan doktor sangat peramah. Doktor lawa kay walaupun india. And makanan pun not bad. Lagi-lagi kawasan wad tu. Lawa sangat. Almaklum lah wad kanak-kanak kan. Sekeluarga bermalam dua malam kat situ. Dah macam hotel. Lima hari dia admitted dekat situ, semuanya RM 5K plus plus.


2 comments:

Husna AOmar said...

Untung haikal daniel ada kakak yang caring mcm sis natasha nih

Kejelesan terserlah bila tengok notes tu. Comel la!

Nαtαshα Amer said...

#Husna AOmar

Untung ke? Hihi bergaduh je kalau ada depan mata. Bila dah sakit macam ni baru lah sedar perasaan sayang tu ada sebab rindu semua. Meh jadi adik kita ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...