Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Friday, July 27, 2012

Finalis Imam Muda 3



Assalamualaikum wbt,

Mesti ramai yang mengikuti perjalanan Imam-Imam Muda musim ke 3 kan. Dan kalau perempuan, mesti melting dengan kemerduan suara dia masa membaca ayat-ayat cinta Allah SWT. Alhamdulillah saya pun macam tu. Rasa macam Subhanallah merdunya suara diorang ni. Layak jadi suami lah. Eh? Okay merepek disitu.

Malam tadi kita semua pun dah ketahui siapa finalis Imam Muda 3 yang berjaya ke final. Imam Muda sebelum ni dua orang sahaja kan ke final tapi kali ni kelainan sikit sebab ada 3 orang ke final. 3 antara 6 yang bertuah ialah Imam Muda Jabar, Imam Muda Hafiz dan Imam Muda Naufal atau Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta. Haha kita hafal nama dia seorang je sebab kita minat dia since diaorang bersepuluh lagi. Jangan marah!

Siapa yang saya rasa layak menjadi JUARA?
Tentulah Imam Muda yang saya minati iaitu Imam Muda Naufal. Kenapa? Sebab masa mula-mula Imam Muda 3 start, saya tak minat pun nak tengok sebab... haha entahlah. Tapi bila surau berdekatan rumah saya panggil Imam Muda 3 berjemaah maghrib dan isyak dengan kitaorang, saya pun hadirkan diri untuk sama-sama berjemaah. Masuk-masuk je pintu, terpandang Imam Muda Naufal. MasyaAllah muka dia dari tepi macam Fahrin Ahmad. (Eh tapi bukan sebab itu ya dia layak menjadi juara Imam Muda 3) Okay dah terpandang dia, dia pun pandang juga, Melting! Masa dia di beri peluang untuk berkata-kata, dia pegang microfon sambil bercakap. Ya Allah, sungguh down to earth. Dan dia ada baca satu ayat, dan lagi sekali memang cair. Jadi, sememangnya bukan setakat muka kacak, hafaz alQuran, down to earth, bijak menyusun kata malah dia sangat peramah. Bukan kah seorang Imam Muda harus senang mendekati orang lain untuk berdakwah. Dia ada sekalanya. Pakej lengkap pendek kata.


Bukti saya jumpa dia.


10 barisan Imam Muda 3.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...