Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Saturday, August 4, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang kita semua ketahui, kita sudah pun masuk ke pertengahan bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk nikmati Ramadhan kali ni dan harapnya kita dapat jalani Ramadhan seterusnya, insyaAllah.

Bulan Ramadhan biasanya Tasha dan keluarga lebih gemar bersahur dan beriftar di rumah. Lebih mudah. Maksudnya, lepas iftar, mesti berkejar dengan maghrib. Jadi, tak ada lah susah payah nak cari tempat nak solat. Rumah lebih selesa. Kalau di luar, hmm jangan cakaplah. Nak solat, sesak bukan main. Alhamdulillah walaupun ramai. Tapi nak take turn tu macam haha lambat kan.

Ramadhan kali ni nasib kurang baik sikit sebab Tasha dan keluarga hadapi masalah kesihatan. So far, Tasha lah paling teruk kot. Tasha demam almost dua minggu dan masyaAllah tonsil Tasha bengkak sampai ada gangguan pada telinga, mulut, kepala dan mata. Ya Allah sakitnya bukan main. Ber- soh seh dan batuk sana sini. Takut juga kalau orang sekeliling tak selesa dengan keadaan kita. Sungguh dugaan Ramadhan!

Tapi walau apa pun alhamdulillah sebab dugaan dan sakit yang Allah beri untuk hapuskan dosa ni dah beransur pulih. Syukur. Jadi, Tasha sekarang tengah bersemangat nak agih-agihkan kad raya. Bagi yang add Tasha di Facebook dan follow di Twitter, pasti dah tahu sebab Tasha dah inform dengan dua laman sosial ni sebelum Blogger. Apa pun, jangan khuatir sebab Tasha masih lagi buat agihan. Al maklum lah, kita tak famous. Jadi, yang Tasha terima request/yang sudi nak kad raya dari Tasha hanyalah lebih kurang 10 orang setakat ini. Jadi, bagi yang berminat untuk dapatkan kad raya dari Tasha, boleh lah contact Tasha melalui laman sosial Facebook atau Twitter. Dekat tepi blog Tasha ada icon dan banner ke Twitter dan Facebook. Click saja ya!

Ini merupakan tahun pertama Tasha cuba untuk buat agihan pada rakan alam maya. Request lah ya :)


2 comments:

Unknown said...

Salam Ramadhan :D

Nαtαshα Amer © said...

#SallyYatiey
- Salam Ramadhan juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...