Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Friday, August 10, 2012

LailatulQadar


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:
"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada
seribu malam."

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:

Maksudnya:
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat
pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba
10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan
melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar
berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada
sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana
bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang
patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu
berilah keampunan-Mu untukku."

Ya Allah, dengan kemuliaan dan keagungan-Mu, dengan kemurahan-Mu, dengan segala sifat Maha Penyayang-Mu, kami memohon dengan penuh rasa kehinaan dan kehambaan, agar kami dimudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan, kesegaran dan kekuatan tubuh badan, keikhlasan dan kesungguhan bagi berusaha beribadah mencari malam Al-Qadr tersebut.

Ya Allah, kami akui kelemahan dan ketiadaupayaan kami. Wahai Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Memberi, pertemukanlah kami dengan malam yang begitu mulia tersebut.
   
- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Alhamdulillah kad raya dah selamat di hantar. Sila respon ya sekiranya dah dapat :) Salam LailatulQadar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...