Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Sunday, September 30, 2012

Bengkel PhotoGraphy

Assalamualaikum readers,


Semalam, 29 September 2012 Tasha telah hadiri satu bengkel photography yang di beri nama Bengkel Photography Part 1 (Asas Photography & Penggunaan Speedlight). Event kali ini di anjurkan oleh MegatAD. Siapa MegatAD? Haih mustahil kalau tak kenal. Twitfamous yang dekat Twitter ada berpuluh ribu followers tu. Kalau tak kenal juga, search lah nama dia.


Nah tu dia gambar si MegatAD dengan pendidik photography kami, Shaf ArtWan iaitu jurugambar dari KarangKraf. Ya, MegatAD yang belakang ya kawan-kawan. Alhamdulillah, bengkel ini not bad. At least, sekarang Tasha dah pandai nak guna manual. Dah tahu apa itu shutter, aperture, ISO, white balance dan sebagainya.



Bengkel bermula jam 9 pagi, jadi kami di minta untuk berkumpul pada jam 8.30 pagi di kafe berdekatan taman permainan. Awkward sangat bila pergi event tak ada kawan. So terpaksa bawa diri. Nasib baik ada budak bertiga yang berumur 13 tahun tu sudi kawan dengan kita yang dah 17 tahun. Lepas tu group kitaorang pun bergerak mencari tempat teduh mungkin. Lepas dah jumpa tempat tu, kami di minta duduk macam gambar di atas. Abang yang ajar kami tu terangkan lah serba sedikit tentang penggunaan manual.



Kemudian, kami di bawa ke tepi jalan besar untuk capture gambar dimana objek kena statik dan background kabur macam gambar di atas. Tasha try almost 50 kali and at last Alhamdulillah dapat lah dua gambar macam dekat atas. Satu gambar motor, satu gambar kereta. Okay lah tu kan. Ini bertujuan untuk dapatkan background yang bagus :)



Lepas tu, MegatAD di minta untuk jadi model kitaorang. Kami di arah untuk capture gambar dengan mempraktikkan apa yang kami pelajari. Jadi, hasil yang Tasha dapat dari fahaman Tasha dengan menggunakan ilmu tu seperti di atas. Tapi guru photography tu cakap, kurang cahaya. Okay takpe. Boleh belajar lagi kan. InsyaAllah


Lepas makan tengahari, kitaorang di minta akhiri sesi dengan berpecah dan cari shot yang menarik. Tasha pun jalan-jalan dekat taman tu. Tiba-tiba si Alia tu bagitahu ada ular dekat  pokok yang dekat dengan kitaorang. So Tasha pergi lah dekat area yang dia bagitahu. Tasha try shot ular tu sebab macam menarik dan unik kan. I mean, tak semua orang nampak binatang tu on that time. Alhamdulillah dia cakap shot tu nice dan sangat berani.


"Tak semestinya apa yang mata kita nampak tu cantik. Jadi tengok lah kecantikan tu dari mata, hati dan perasaan. Yang penting, berani to try an error!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...