Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Wednesday, September 12, 2012

SAHABAT


Sabda Rasulullah SAW: "Bersahabatlah dengan orang yang keadaannya sentiasa membangkitkan mu dan kata-katanya banyak menyedarkan mu ke jalan Allah"
Semua orang memerlukan sahabat sebab sahabat merupakan cermin kepada diri kita. Sahabat boleh jadi penasihat terbaik. Sahabat boleh membimbing kita kearah kebaikan dan kejayaan. Sahabat boleh menjadi guru yang baik. Sahabat boleh menjadi teman yang setia. Sedangkan isteri boleh menjadi sahabat buat suaminya, seorang guru dapat menjadi sahabat kepada muridnya, seorang adik boleh menjadi sahabat untuk kakaknya, seorang ibu boleh menjadi sahabat untuk anak dan sebagainya.

Begitu juga dengan saya, tipulah kiranya saya cakap saya boleh hidup sendirian dalam dunia yang penuh cabaran tanpa seorang sahabat. Sahabat kadang-kala boleh jadi pemangkin semangat kita kearah kemajuan. Tapi sahabat ni ada pelbagai jenis. Sayangnya kalau sahabat yang baik di kurniakan sahabat yang kurang mempunyai sifat keperimanusiaan. Ada sahabat yang sangat memahami kita dan dapat menjadi kaunselor serta pendengar setia kepada masalah kita, ada juga yang tidak.

Sejujurnya, saya belum temui sahabat yang sempurna. Ya, tak ada manusia yang sempurna dalam dunia yang penuh pancaroba ini dan saya bersyukur kerana Allah masih kurniakan kepada saya sahabat-sahabat yang baik samaada dalam dunia realiti atau alam maya.Terima kasih sahabat-sahabat sekalian. Saya turut mencuba untuk jadi sahabat yang baik kepada semua agar orang senang bila berdamping dengan saya, insyaAllah.

Sahabat yang baik tidak akan menyatakan keburukan rakannya di belakang rakannya. Sahabat yang baik tidak ada berasa iri terhadap rakannya. Sahabat yang baik akan setia bersama rakannya tidak kira di waktu senang mahupun susah. Sahabat yang baik tidak akan menolak untuk membantu rakannya yang dalam kesusahan. Jadi, untuk menjadi sahabat yang baik, kita kena jauhi sikap negatif sebaliknya mengamalkan nilai murni. Tapi, kita kenalah bijak dalam memilih sahabat. Jangan lah pula pilih sahabat yang salah. Salah pilih sahabat, rosaklah jadinya. 

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, diri selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak pernah luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat aku ingin setia kepadanya... - Imam Shafie

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...