Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Monday, December 3, 2012

Perjumpaan AinMaisarah 2012

Assalamualaikum,

Tasha telah hadiri Perjumpaan Tahunan AinMaisarah 2012 dan penulis bersama beliau pada 2 Disember 2012, Ahad bertempat di Menara Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan semua, Tasha amat meminati beliau sejak di bangku sekolah rendah lagi, 12 tahun. Ya betul! Oleh sebab sekarang Tasha sudah menjangkau 17 tahun, maka sudah 5 tahun menjadi peminat dan pembaca setia kepada novelis remaja ini. Tasha berminat untuk membaca novel-novel dari novelis Ain Maisarah semenjak pertama kali membaca novel yang berjudul Aku Mahu Saiz S. Kulit buku yang menarik membuat Tasha rasa tertarik untuk mencapai buku tersebut di rak buku Popular, Bintang Mall Sarawak.

Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya. Pendaftaran bermula jam 9 pagi. Sementara tunggu majlis bermula, kami di tempatkan di dalam dewan. Setelah selesai sesi pendaftaran, majlis di mulakan dengan ucapan aluan dari Encik Pengurus. Kemudian, kami di bahagikan dalam kumpulan mengikut rumah sukan sebelum naik ke Menara Kuala Lumpur.

 Kami bawa sejambak bunga rose merah jambu buat kak AinMaisarah

 Bersama penulis bersama Abang Azanil Fitri di Menara Kuala Lumpur

 Saya pelajar Sri Bangsar yang berumah sukan hijau

Pada akhir aktiviti sukan, rumah kuning telah di nobatkan sebagai juara rumah sukan tahun 2012. Manakala tempat kedua jatuh kepada rumah hijau dan seterusnya merah dan biru. Apa pun semua peserta yang hadir mendapat hadiah dari Kak Ain dan PTS. Oleh itu, ahli rumah kuning mendapat keistimewaan untuk memilih hadiah terlebih dalu berbanding kumpulan rumah sukan yang lain.

Ini adalah antara novel-novel Tasha yang Tasha bawa ke perjumpaan untuk di tandatangan oleh penulisnya. Masih banyak novel-novel Kak AinMaisarah yang menjadi koleksi-koleksi Tasha tetapi Tasha tak bawa kerana semuanya telah di tandatangan.  

Dan... yang paling best bila kami peserta perjumpaan menjadi antara yang terawal mendapat novel Mr Right Selebriti yang panas-panas baru keluar kilang berserta tandatangan Puan Penulis. Baiklah sampai disini sahaja entri kali ini. Nak rasa kemeriahan perjumpaan? Apa kata anda lihat video di bawah. Selamat menonton!


Tasha akan perbanyakkan review hasil karya penulis novel remaja, AinMaisarah di Sudut Bacaan dalam blog ini pada masa akan datang. Jadi, rajin-rajin lah berkunjung ya!

3 comments:

Sarah Amani said...

Hai dan assalamualaikum :) Ni saya Sarah Amani :) Saya nak cakap yang blog Tasha mmg saya amat minati , best , interesting :) Walaupun saya tak dpt pergi , tpi saya boleh juga tgk orang punya blog :)

Nαtαshα Amer © said...

Hi Sarah Amani,
Waalaikummussalam. Terima kasih atas kunjungan. Memang nak kongsikan kemeriahan majlis bersama pembaca kak Ain yang tidak dapat turut serta. Harap, Sarah Amani akan terus membaca blog ini. Terima kasih :)

Sarah Amani said...

Insyaallah Tasha . Saya akan sentiasa membaca blog ini . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...