Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Thursday, November 29, 2012

Lagenda Budak Setan 2

Assalamualaikum readers,

Alhamdulillah Tasha baru sahaja bebas dari menjadi tawanan SPM. Wah ayat! Haruslah gempak kan. Oleh itu, Tasha dan dua orang rakan bercadang untuk menonton wayang bersama sempena kebebasan yang kitaorang kecapi pada tanggal 28 November 2012 tepat jam 4.30 petang. Kebetulan pula, pada tanggal 29 November 2012, tayangan pertama Lagenda Budak Setan 2. Wah, dapat jadi antara yang terawal menonton Lagenda Budak Setan 2 gamaknya.Tasha boleh bagi 4 bintang out of 5. Jalan cerita yang menarik, pelakon yang bagus memainkan peranan yang penting. Jadi, jom lah kita ramai-ramai ke pawagam berdekatan bagi menonton Lagenda Budak Setan 2. Support lah industri perfileman negara kita ya!


SINOPSIS: Cerita bermula dengan kemunculan watak Kasyah dan Athirah, anak kepada Kasyah dan Ayu. Kasyah yang merupakan seorang jurugambar terkenal terpaksa memikul dua tanggungjawab sekaligus iaitu sebagai seorang bapa dan ibu setelah kematian watak Ayu. Kemudian, timbul watak Katerina yang di pegang oleh Maya Karin. Katerina baru pulih dari kesedihan yang di alami semenjak 6 bulan yang lalu. Suatu hari, mereka berdua terserempak di dalam monorail semasa Kasyah hendak menghantar anaknya Athirah ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Semenjak itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Katerina pernah memberi peluang pekerjaan kepada Kashaf. Dari situ, hubungan mereka menjadi lebih rapat dan putik-putik cinta mula muncul kembali. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi ayah kepada Katerina menetapkan tempoh perkahwinan dalam masa 3 tahun atas alasan untuk membuat persiapan dan menguji tahap kesetiaan Katerina. Apa yang akan terjadi dengan hubungan mereka? Adakah bertahan? Atau dugaan menghampiri? Jangan lepaskan peluang untuk menonton Lagenda Budak Setan 2 di pawagan berdekatan sekarang!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...