Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Thursday, November 8, 2012

Graduated!


Rasa macam baru semalam melangkah ke SMK Taman Setiawangsa. Rasa macam baru semalam terkial-kial nak cari kelas sendiri. Rasa macam baru semalam jumpa dengan kawan-kawan dan berkenalan. Rasa baru semalam segala-galanya bermula.

Kenangan hanya akan tinggal kenangan. Kenangan manis bersama itulah yang akan kita rindu. Kenangan pahit? Tetap tersimpan sebagai sejarah untuk kita menjadi seorang yang lebih matang dalam menjalani kehidupan.

Pelbagai kenangan dan perjalanan hidup yang kita hadapi bersama akhirnya akan berakhir tanpa kita sedar. Pejam celik pejam celik, 2012 semakin jauh meninggalkan kita. SPM hanya di persimpangan jalan. Kemudian, semua akan pergi membawa haluan hidup masing-masing demi mengejar cita-cita.

Walaupun sedih, tetapi kita harus tetap bertahan. Semoga kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti...

Bila yang tertulis untuk ku adalah yang terbaik untuk mu. Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...