Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Wednesday, February 13, 2013

Legoland MY

Hi! Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama Tasha berhajat nak buat entri pasal Legoland. Tapi, oleh di sebabkan ada banyak masalah nak pasal unifi, entri ini jadi tergendala sekejap. Sekarang Tasha dah pindah Johor sepenuhnya so tempoh hari papa ajak pergi Legoland since nak redeem annual pass. Annual pass ini untuk kegunaan dalam tempoh masa setahun. Oleh di sebabkan hujung tahun, Tasha tak dapat try semua ride sebab terlalu panjang nak tunggu giliran. Jadi, kita main mana sempat saja ya!

Antara pemandangan Legoland Malaysia dari atas. Tasha ambil gambar sendiri tau tapi maaf kurang jelas sebab menggunakan handphone. Tasha tak bawa kamera sebab tak plan langsung. Kalau nak tengok pemandangan Legoland dari atas, kena lah naik Menara Taming Sari yang terdapat di dalam Legoland.

Disember merupakan bulan terakhir boleh redeem annual pass. So, adalah pokok krismas yang di bina menggunakan lego.

Ini pula train yang di perbuat dari lego untuk bawa pengunjung pusing-pusing satu Legoland untuk survey permainan yang menarik.

Salah satu ride yang best terdapat di Legoland Malaysia. Kalau main ride ni, confirm basah habis. Jangan risau sebab lepas tu ada dryer machine tapi kena bayar dengan harga RM 5 dalam tempoh masa sekejap sahaja. If rasa tak reasonable, boleh bawa baju extra atau main ride ni last sekali dekat-dekat nak balik. No worries, Legoland Malaysia tutup pukul 8 malam ya! Dan, ada satu ride ni macam roller coaster diorang panggil dragon something like that, ride tu pun adventure.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...