Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Wednesday, February 27, 2013

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Cehwah! Macam nak memulakan pidato gitu. Sebenarnya terasa sedikit janggal nak menaip apa sebagai entri baru. Almaklum sahaja tahun lepas iaitu tahun 2012, Tasha jarang mem-publish entri baru. Jarang? Kurang sesuai sebenarnya nak gunakan perkataan jarang tu. Boleh di katakan lebih teruk dari jarang kot?

Ramai yang bertanya lepas habis SPM ini macam mana life? Of course lah boring kan sebab rutin harian yang selama ini di penuhi dengan ke sekolah tiba-tiba berubah secara drastik. No more homework, no more baju sekolah, jarang jumpa kawan, tak payah datang sekolah.

Sekarang Tasha habiskan masa 3 bulan dengan duduk rumah membantu mama saja. Sekali-sekala ada juga keluar ke pusat beli-belah nak cuci mata dan release tension duduk rumah terperap je. Bukan setakat itu, Tasha turut hadiri kelas pemanduan. Alhamdulillah Tasha baru pass ujian KPP dengan 48 markah. Jadi sekarang Tasha tengah tunggu cikgu memandu call untuk kelas praktikal seterusnya untuk dapat lesen L. Harap-harap semuanya lancar.

Tak lama pun lagi Tasha akan ke KL untuk ambil keputusan SPM. Semua pelajar berharap nak keputusan yang cemerlang sebab nak tengok parents diorang happy kan. So do Tasha! Harap jasa baik semua doakan kecemerlangan Tasha ya. Dan kemudian baru boleh decide masa depan. Sebenarnya, ada lah juga dua tiga pusat pengajian swasta call untuk menawarkan biasiswa tapi Tasha rasa nanti dulu kot. Result pun belum keluarkan.

Okay lah nanti kalau ada kelapangan, pasti Tasha menaip lagi. Padahal SPM dah habis lama tapi baru sekarang ada luangkan masa untuk menaip hehe.

"Benarlah kata orang, memahami dan mengerti adalah antara pekerjaan yang paling sukar untuk dilaksanakan."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...