Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Thursday, February 28, 2013

Online shopping lagi!

Assalamualaikum...

Arghhhh! Seriously online shopping buat Tasha gila. Lately ini mata rambang bebenar. Pantang nampak orang jual online sikit, mesti gatal nak order. Nak bank in pun sekarang senang saja sebab maybank cash deposit machine dekat sangat dengan rumah. Memang lalu setiap hari. Tambahan pula, online shop Tasha dah slow down sikit sebab terserlah kemalasan ku nak update stocks. Sekarang jual hand by hand saja :)



Baru-baru ini masa tengah syok scroll timeline dekat Facebook, ternampak orang jual powerbank. Comel, simple, mudah di bawa dan murah. Tak ada lah besar sangat power dia tapi cukup lah untuk 2 kali charge Galaxy Young Tasha. Haa bagi yang tak tahu powerbank ini apa dan macam mana kegunaanya, mari sini nak cerita. Powerbank ini di gunakan untuk charge gadget kita semasa kita tidak berada di rumah. Contohnya korang pergi event kan, lepas tu bateri phone korang dah nak habis so korang nak kena charge. Nak cari dekat mana plug kalau event tu dekat luar? Boleh lah guna powerbank ini untuk charge. Tapi powerbank ini kena lah charge dulu dari rumah ya! Okay, sambung cerita. Tanpa fikir panjang, Tasha terus order satu powerbank sebiji macam dekat atas warna merah. Bila dah sampai, mama pula nak powerbank itu. Jadi, nak tak nak terpaksa beli lagi satu colour kuning sebab tak nak share. Hihi worth it lah juga!



Tak lama kemudian, tangan ini gatal lagi nak men-scroll timeline Facebook tengok orang jual novel melayu pulak kali ini. Kenyit-kenyit mata dengan mama sikit, dapat lah beli novel online. Haaa tapi kali ini bukan beli 2 buah sahaja tapi beli LAPAN BELAS buah novel melayu you alls! Alahai ya tamak pula rasa diri ini tapi tak mengapalah. Sesungguhnya diriku sememangnya pengumpul novel tegar sejak di usia 12 tahun lagi. Terima kasih mama! Hehe selama ini mama yang support pun bab kumpul-kumpul novel. Nanti dah habis baca, Tasha buat review ya! Sekarang masih dalam perjalanan membaca novel Setia Hujung Nyawa okay!



Dalam sibuk membeli-belah online, alhamdulillah Tasha sudah pun menjadi agen atau stokis sah Azza's Cool Powder di sekitar Johor Bahru. Tapi kalau negeri lain nak order dengan Tasha pun boleh. Haa siapa pengelola produk bedak sejuk Azza's Cool Powder? Semestinya tak lain tak bukan, Kak Azza Elite yang bertambah cun melecun selepas berhijab. Apa rahsia dia cantik? Mesti lah dengan bedak sejuknya. Alhamdulillah ramai bagi feedback positif. Kebaikan dan kelebihan produk Azza's Cool Powder adalah menyejukkan, menyegarkan, melembutkan, mengurangkan jerawat, menanggalkan sel kulit mati, elok untuk resdung, merawat ruam dan gatal-gatal. Produk ini sesuai di gunakan oleh kanak-kanak, ibu mengandung, wanita dan lelaki sebab ianya hanyalah bedak sejuk yang di perbuat dari air, tepung beras dan juga pandan. So apa lagi? Jika berminat, boleh tweet di @NataschyaaAmeer atau emel ke nataschyaa@gmail.com atau komenkan disini.

"Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...