Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Monday, March 4, 2013

Setia Hujung Nyawa

Judul : Setia Hujung Nyawa
Penulis : Fatin Nabila

Sinopsis
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi penasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta buat si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala menyambut cinta Ersalina, isterinya di sahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan itu amat melukakannya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka di lapah. Sewajarnya hukuman ini di terima kerana memang dia yang bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain tidak akan pernah tercalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Walaupun korang dah tonton cerita Setia Hujung Nyawa ini di TV 3, korang kena juga baca novelnya. Sebab jalan cerita apa yang anda tonton tidak sama seperti apa yang tertulis di dalam novel.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...