Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Thursday, September 12, 2013

Day 1 : Trip to Padang

Assalamualaikum,

Wah terasa begitu lama tak menari-narikan jari atas papan menaip ni untuk menaip blog. Bukan begitu lama rasanya tetapi tersangat lah lama tak masukkan entri apa-apa.

Okay, berbalik pada tajuk entri. Ya, Tasha dan keluarga ada mengikuti trip ke Padang, Indonesia pada 27 Jun 2013 sebelum puasa. Tujuan kesana? Oh tak ada apa sangat. Bukan atas urusan penting atau apa. Tapi sekadar untuk berehat, bercuti bersama keluarga dan sambil menyelam minum air, belajar lah adat istiadat orang kan.

Flight kami bertolak dari Kuala Lumpur, jadi hari sebelum bertolak dah kena ada dekat KL. Pagi 27 Jun tu, kira-kira jam 4.30 pagi kami dah bertolak ke LCCT dengan mata mengantuk tersengguk-sengguk. Haha dalam  perjalanan tu, apa lagi tidur lah dalam teksi. Sampai saja dekat LCCT (kurang pasti jam berapa), terus check-in. Lepas dah check-in baggage apa semua, kami cari surau untuk tunaikan solat subuh dan kemudian bersarapan sekadar alas perut sambil menunggu flight lebih kurang jam 7.

Waktu Indonesia lambat 1 jam saja dari waktu Malaysia, jadi kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada jam 8 pagi waktu Indonesia. Turun saja flight dan dah check imigresen, kami bergegas mencari tandas. Tinjau-tinjau area menunggu bagasi kalau-kalau ada tandas, tapi hampa. Lepas dah dapat semua bagasi, terus keluar sebab nak cari tandas katakan, nasib baik ada. Itu pun kena tunggu giliran lah. Bukan apa, tandas cuma ada satu. Berbeza sekali dengan lapangan terbang di Malaysia, kerana di Malaysia tandas awam tersangat lah banyak. Kemudian, kami di sambut oleh tour guide Saffira Tour Indonesia yang memperkenalkan diri sebagai Pak Ucop, peramah sangat orangnya. Haruslah peramah kan nama pun tour guide haha.



Setelah semua penumpang mendapatkan tempat duduk di dalam Pariwisata (Pari bermaksud bas, wisata bermaksud perlancongan. Tak silap Tasha kan, itu bahasa minang. Maaf andai salah.), kami bertolak ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan, kami di beri kuih-muih sebagai alas perut sementara menunggu makan tengahari. Sepanjang perjalanan, kami turut di saji dengan cerita-cerita menarik dari Pak Ucop dan juga permandangan sawah padi yang menghijau di kiri dan kanan jalan yang cukup indah. Tak lupa juga, mata turut di jamu dengan pelbagai rekaan unik masjid. Dah tak payah risau pasal nak solat. Sangat banyak masjid okay! Haa satu lagi, yang buat kami tabik hormat kepada orang Padang ni kerana kesabaran mereka tersangatlah tinggi. Kenapa? Di tempat mereka, tak ada kesesakkan lalu lintas atau pencemaran bunyi hon. Mereka tak memandu dengan laju. Trafik di jalan raya mereka bergerak perlahan walaupun kenderaan boleh tahan banyak. Dari situ lah ternyata tahap kesabaran orang Padang ni tinggi.






Oleh kerana terpaku dengan permandangan indah yang disajikan sepanjang perjalan ke Bukit Tinggi, Tasha kurang pasti berapa lama masa perjalanan yang di ambil dari lapangan terbang ke Air Terjun Lembah Anai (Anai Valley Waterfall). Situasi dan keadaan di kawasan Air Terjun Lembah Anai lebih kurang kawasan Lata Iskandar, Cameron Highlands. Menurut cerita dari pemandu pelancong kami, kalau basuh muka dengan air terjun ni nanti muka boleh jadi macam bayi haaa lebih kurang macam tu lah. Sebab itu juga, semua di nasihatkan agar tidak mandi di air terjun ini. Betul atau tidak? Wallahualam. Tapi cuba-cuba juga untuk cuci muka, alahai sejuk dan segar airnya. MasyaAllah.




Setelah itu, kami dibawa ke Minangkabau Village untuk mendengar dan melihat sendiri sejarah-sejarah Padang serta rumah-rumah gadang. Akibat suka menangguh dan menulis entri separuh jalan dan kemudian save tanpa post, Tasha kurang pasti apa nama rumah kecil yang terletak di hadapan rumah gadang untuk disimpan beras. Maaf lah ya. Haa kalau nak tahu, rumah gadang ni penghuni dia sangat ramai tau. Satu pintu, satu keluarga. Kepantangan dia, kalau tetamu datang, tetamu mestilah duduk menghadap tingkap luar. Dan tiang yang ada dalam rumah gadang merupakan pembahagi kawasan rumah masing-masing. Nak tahu lebih lanjut dengan menarik, jom lah melawat Padang. Seronok!



Kemudian, kami singgah di Restoran Pak Datuk di Padang Panjang untuk menikmati juadah makan tengahari. Semestinya tak lain tak bukan, nasi Padang! Lauk yang di hidang sedikit-sedikit mengikut jenis seperti gambar di atas. Sambil menikmati makan tengahari, kami turut membuat pesanan air avocado yang asli. Di Padang, air avocado di panggil air apocat. Sangat sedap okay! Kalau pergi, memang wajib rasa dan yang pasti harga sangat berpatutan.



Habis saja makan tengahari walaupun dah petang sikit, kami di bawa berkunjung ke Pandai Sikek. Pandai Sikek ni perkampungan yang popular dengan seni ukir kayu dan tenun-menenun kain-kain dan songket. Apa lagi? Memang shopping sakan lah jawabnya. Ya, harus diakui bahawa percutian kali ni memang dipenuhi dengan shopping shopping dan shopping eh shopping lagi. Seterusnya, Pak Usop (pemandu pelancong kami) bawa kami ke tempat di mana kami boleh rasa kuih neraka. Haa di gelarnya kuih neraka padahal nama kuih tu adalah Bika Talago. Bika Talago ni macam rasa pisang. Kuih ni di bakar menggunakan arang, api atas dan bawah. Tengah-tengah baru kuih tu. Sedap ya Allah!




Okay. Sebelum kami sampai hotel di Bukit Tinggi, kami sempat berhenti makan malam pula. Kali ini kami makan betul-betul di Bukit Tinggi sebaris dengan hotel. Makanan masih sama, nasi Padang. Baiklah sampai di sini saja cerita Day 1 di Padang, Indonesia. InsyaAllah saya akan cari kelapangan untuk menceritakan kisah Day 2 pada entri akan datang. Bye!

3 comments:

Anonymous said...

Awat tak bwk balik boypreng padang kak?

Nαtαshα Amer © said...

Awak nak ke? Hahaha

Anonymous said...

Taknak. Kita type korean guys je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...