Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Friday, June 19, 2015

Great days in Qatar!

Assalamualaikum and hi everyone.

Trip to Qatar mengambil masa kurang lebih 5 jam dari tempat kami since we decided to go by car. If by plane, 1 jam saja. Kami bertolak pada waktu petang. Dalam perjalanan, permandangan yang dapat kami lihat hanyalah padang pasir so kalau waktu malam memang agak gelap. Tapi alhamdulillah waktu perjalanan nak ke Qatar weather sangat cantik since masa tu winter. Lain cerita waktu pulang dari Qatar, terpaksa memandu dalam keadaan sandstorm yang sangat kuat. Anyhow, alhamdulillah Allah ease our journey.



Kami tiba di Qatar agak lewat malam. Jadi, kami dinner di Holiday Villa Hotel. Dengar cerita hotel tersebut ada menyajikan pelbagai jenis makanan Melayu. Taste not bad, well nama pun dekat negara orang kan so don't expect too much, still tak boleh challenge masakan dekat Malaysia. Just so so, not really recommended. Hihi but still it's okay kalau nak try, dipersilakan.

The next day, Aunty Na and family datang fetch us from the hotel sebab nak ajak kitaorang ke rumah dia. Dia kata boleh berborak-borak memandangkan hari ini hari Jumaat, sementara menunggu kaum Adam pergi menunaikan solat Jumaat. After solat Jumaat, they brought us to one of the best Arabian restaurant. Izzah, her daughter who suggested that place because according to her nasi arab daging kambing kat situ sedap. So kitaorang makan makanan arab untuk makan tengahari. Sorry lah entah kenapa tak terfikir nak bergambar but it's okay, nanti kita share gambar dengan anak-anak Aunty Na yang ramah-tamah tu.




Kemudian, kami di bawa ke Katara. Wanna know more about Katara, you guys can CLICK HERE. Rasanya Katara lebih kurang pengenalan dan pendedahan kepada culture negara Qatar ini sendiri dari segi binaan and so on. Cantik sangat tempat ini. Sangat modern binaannya dan sangat santai since Katara ini tepi laut. Speechless, seriously korang kena datang sini sendiri dan tengok dengan mata sendiri. Dan itu lah anak-anak Aunt Na. 3 girls 1 boy, sama macam kami adik beradik. Just the different is, the boy is the eldest, kami the youngest. Okay sebenarnya sekarang menyesal sebab masa tu tak pakai abaya. Okay let's continue.






You see? Best kan siap coffee-coffee tepi laut dengan permandangan yang macam lukisan sangat, but it's real okay. And nak share benda menarik, kami bertanya jugak puas fikir apa function longkang-longkang ni bertakung dengan air yang jernih. Yes, air yang bertakung dalam longkang tersebut adalah air yang bersih suci sebab ia merupakan air paip yang sentiasa mengalir. Boleh nak cuci tangan, berwudu dan sebagainya. Unik kan?





Sebelum dinner, kami ke The Pearl untuk menghirup udara malam di Qatar. Di The Pearl ini, kita boleh lihat kapal-kapal mewah milik orang ternama. Selain itu, bolehlah cuci mata atau beli-belah dekat The Pearl ini sebab bukan setakat kapal mewah ada, shopping mall pun ada. Macam-macam brand! Jangan risau, parking free of charge. Kemudian, kami ke Souk Waqif untuk menikmati makan malam. Kedudukan Souk Waqif agak jauh dari The Pearl ya. Okay, simple je makan malam kami. Roti besar macam dalam gambar di atas. Tapi alhamdulillah sedap dan mengenyangkan. Suka untuk Tasha explain once again yang souk ini bermaksud pasar. So kalau dah nama pasar, macam-macam lah ada ya tak! Pelancong akan ke souk ini untuk membeli buah tangan untuk di bawa pulang sebagai kenang-kenangan dan sebagainya kerana harga barangan di souk agak murah berbanding di mall.





Keesokkan harinya, uncle planned to bring us to 24th Men's Handball World Championship pada petangnya since it held in Qatar masa tu. Unfortunately, we didn't manage to go to because of some reasons. But it's okay. Tapi pagi-pagi kami dah ke Aspire Park, exercise kaki sambil tu ambil gambar Torch Tower. Tengok second photo yang dekat atas ini, it's a surau for women. Unik kan, di kelilingi pokok. Dalam tu women boleh lah solat dan sebagainya. Which is good sebab kalau picnic or what so ever senang lah perempuan nak solat.Well lelaki boleh je solat kat mana-mana so lelaki tak disediakan tempat macam ini. Women are so special here in Saudi. That's why I love to be here haha. Third photo, adik-adik dengan sport car. Alah, sport cars are everywhere.



This is Villaggio Mall, of course a shopping mall with all branded boutique including Gondolania Theme Park. The structure is very unique and nice. Al kisah tiga tahun lepas ada kes kebakaran yang melibatkan sebuah nursery dengan sejumlah 13 orang kanak-kanak dan 4 orang guru dalam mall ini. Untuk lebih lanjut boleh minta tolong pakcik Wikipedia. This mall is one of the interesting place to go when you're visiting Qatar.




Ini adalah sebab kenapa dan mengapa plan kami nak tengok handball tergendala. Sebab kami naik kapal ini untuk mengelilingi Qatar. So dari lautan ini sambil mengelilingi, kami boleh lihat pembangunan moden Qatar sambil menghirup udara dingin. Cuaca agak sejuk, di tambah pula dengan tiupan angin. Lagilah sejuk. Hihi



Seterusnya, kami ke Souk Waqif semula untuk dinner dan sambung berjalan-jalan sebab semalam tak habis berjalan memandangkan esok we gonna go home haha Souk ini  besar rupanya tau. Kami sempatlah masuk ke kawasan di mana pasu-pasu, gelas kaca, pakaian, gelang dan sebagainya yang di buat sendiri dengan menggunakan tangan. Ukiran dan pembuatan yang sangat halus dan teliti. Selain itu, kami sempat masuk ke kawasan emas. Gambar kat atas tu, amboi adik suka dapat pegang jongkong emas, Ya, jongkong emas real okay. Tapi yang penting pinjam tuan kedai punya. Tuan kedai baik bagi pinjam untuk bergambar. Nak beli, belum mampu hahahaha yang membuatkan kita rasa amazing adalah kerana kedai-kedai emas disini tiada kawalan security guard macam di Malaysia. Tak tahu kenapa, wallahualam tapi memang tiada security guard langsung. Cermin pameran emas juga, tiada besi. Untuk pengetahuan semua, emas yang di jual kadang-kadang emas yang di buat sendiri. 

Okay I stop until here. This short vacation was one of the best vacation ever since it's with my family. Well of course, bestkan sebab dapat berkumpul sama. In shaa Allah ada kelapangan dan idea nanti Tasha tulis tentang percutian lain pula. Thanks for reading this longest entry ever, I think so sebab so far belum ada sepanjang ini menaip sebab taip entry ini saja dah memakan 2 sehingga 3 hari tertunggak. Thank you!




1 comment:

Anonymous said...

Surau tu. Bestnyaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...