Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 15 APRIL 2017

Friday, October 21, 2011

Mari Diet !

Assalamualaikum to all bloggers, facebookers, viewers and tak di lupakan TWITTERJAYA <3


How are you today? Terima kasih sebab masih membaca blog yang tak seberapa ni. Bersama saya lagi, Doktor  Natasha dalam segmen Mari Diet! Haha, Okay-okay. Merepek makin hari. Nanti menyampah viewers tengok. 

Actually kan, ramai sangat dah tegur especially family, tegur yang Tasha dah gemuk. Memang surprise gilaa! Then bila tengok gambar-gambar lama, baru macam OHH YESS! Aku bertambah gemuk. Dulu keding je macam tiang lampu. Oleh itu, saya ambil langkah untuk diet sebelum saya obesiti. Ohh, sebelum tu, saya nak minta maaf takut-takut ada terasa pasal entri ni. Saya bercakap tentang diri saya ya!

Ya, saya nak diet. Tapi makanan terlalu SEKSI sebab selalu goda saya. Forsure saya tak tahan dengan godaan dia. Okay, merepek again. Sudah! Mari kita mulakan...

Untuk berdiet, kita tak semestinya tak mengambil apa-apa makanan seperti nasi dan mee dalam sehari. Boleh pengsan woo kalau diet makan setakat buah-buahan. Kau ingat orang hutan apa? Oleh di sebabkan itu, di sini saya sediakan beberapa menu diet seimbang yang boleh di buat rujukan :)

BREAKFAST
Telur separuh masak( 2 biji) @ Telur hancur
Roti gardenia + butter @ Capati @ Roti bakar
Susu tanpa lemak @ Jus oren @ Milo

LUNCH
Sup sayur @ Salad + Mayonis @ Ulam-ulam
Lauk-lauk masak sup @ Singgang atau Asam pedas.
Buah-buahan
HI-TEA
Di galak memperbanyakan makan buah-buahan dan kurangkan makanan bersantan.

DINNER
Tak perlu ambil kot sebab sehari hanya makan sekali sahaja. Kalau nak makan malam, makesure kurangkan kuantiti makan tengahari dan ambil makan malam sebelum 7 malam.

Ya, Ya saya tahu menu diet tu agak melampau. Tapi ada otak kan? Fikir lah sendiri. Agak-agak bila makan tu. Jangan sampai tak makan langsung. Tapi kita rakyat Malaysia kan, dah terbiasa dah dengan makanan. Makanan dengan kita memang tak dapat di pisahkan. Pergi makan pun makan jugak, lepas 5 minit makan, memang nak makan lagi. Perut apa ni? Haha, 

Baiklah, sampai sini sahaja segmen kita! Kihkih. Lain masa, lain hari, insyaAllah kita post lagi. Selamat menjalani diet seimbang kawan!

Diet, diet jugak. Jangan sampai tak makan ya? Amalkan diet seimbang :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...